Naib Presiden AMANAH, Datuk Haji Mahfuz Omar mendakwa terdapat tiga
orang pimpinan Pas Terengganu menerima wang daripada pemimpin Umno
tertentu.
Mereka yang terlibat kata beliau ialah, Timbalan Pesuruhjaya Pas,
Ustaz Saiful Bahri Mamat, Bendahari Pas Terengganu, M. Shukrimun
Shamsudin, dan Setiausaha Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid.
Wang berkenaan sejumlah RM1 juta dakwa Mahfuz, dimasukkan melalui akaun khas yang dinamakan Akaun Amanah pada 21 Mac 2018 lalu.
Selain itu katanya lagi, sejumlah RM1.5 juta juga telah dimasukkan ke
dalam akaun Jabatan Pembangunan Pas Pusat (JPP) atau Jabatan Pilihan
Raya Pas Pusat.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, beliau telah menyemak perkara
tersebut dengan pegawai di Pejabat Agung Pas, dan mereka telah
mengesahkan bahawa wang sejumlah itu memang telah dimasukkan ke dalam
akaun berkenaan.
Ujarnya, perkara ini telah pun menjadi viral di media sosial.
Mahfuz membuat dakwaan tersebut dalam satu program ceramah di Guar Lobar, Padang Serai baru-baru ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan