Khabar angin kerjasama PKR, BN dan PAS ‘kerja gila’

Oleh Zulkifli Sulong

ANWAR Ibrahim menyifatkan dakwaan kononnya beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam sebagai satu kerja gila.
"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.

"Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa," kata Anwar dalam temubual khas

Ada berita angin disebarkan kononnya PKR yang mempunyai 49 ahli Parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 ahli Parlimen BN dan PAS yang mempunyai 18 ahli Parlimen.

Mereka mendakwa, jika ketiga-tiga pihak bergabung mereka boleh membentuk kerajaan yang berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) sekarang yang didominasi oleh ahli Parlimen bukan Melayu.

Anwar mengakui, beliau ada mendengar berita karut itu sedang dijaja tetapi itu semua adalah kerja gila.

Katanya, kalau ia disebarkan oleh kalangan Umno, beliau tidak kesah, tetapi ada juga idea sebegini yang disebarkan oleh segelintir pendokong PH sendiri.

"Ada yang dakwa saya jumpa Raja-raja untuk membuat rancangan ini.

"Kalau saya nak buat pelan ini, saya jumpa ahli-ahli Parlimen bukan Raja-raja. Saya tidak perlu campur tangan Raja-raja," kata Anwar yang sehingga kini sudah bertemu dengan tujuh Raja-raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong selepas dibebaskan dari penjara.

Sehubungan itu, Anwar menolak dengan keras dakwaan ini dan menyifatkan pihak yang menyebarkan cerita sebegini perosak PH.

"Saya menolak tuduhan ini dengan keras dan saya mengingatkan puak-puak ini, kita akan berdepan dengan mereka kerana mereka perosak PH.

"Kalau ada elemen dalaman yang terlibat, orang ini mesti didedahkan," kata Anwar










Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Beberapa blogger yang mendakwa mereka penyokong PH juga mungkin terlibat. Elok kita ajar sedikit mereka ini.

    BalasPadam
  2. cerita ni banyak yang walaun jaja. Mereka sedang berhasad dan dengki serta cemburu atas kejayaan PH menawan Putrajaya. Cerita2 ini dijaja bukan utk rakyat tapi sebaliknya untuk ditelan oleh pengikut2 PAS yang sudah mula goyang ketaatan mereka kpd ulamak2 yang tak makbul doanya. Cerita2 ini ibarat panadol yang digunakan untuk menenangkan perasaan ahli pas yang kecewa, marah dan tak faham kenapa doa2 ulamak mereka tak dikabulkan. Apa yang penting, rakyat yang bijak tak termakan cerita2 karut ni dan kalau ada walaun2 yang telan, lantaklah, who cares! Kjaan PH tertubuh atas undi rakyat dan bukan undi walaun!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam