Dr M pemimpin tunai janji, kata Raja Perlis

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad seorang pemimpin yang akan menunaikan apa diperkatakannya.

Tuanku Syed Sirajuddin mula mengenali Dr Mahathir secara dekat semasa baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dari 2001 hingga 2006.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan perdana menteri ke-4 sebelum meletak jawatan pada 2003.
“Pendapat saya, ‘Prime Minister’ (Dr Mahathir) buat apa yang dia kata dia nak buat…(contohnya) dia kata nak berhenti (berundur pada 2003), dia berhenti,” titah baginda pada Majlis Santapan Negeri bersempena sambutan ulang tahun ke-75 keputeraan baginda di Istana Arau, malam tadi.
Turut berangkat ke majlis santapan itu Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali turut menghadiri majlis santapan itu.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, baginda menghormati Dr Mahathir yang menawarkan diri untuk menerajui negara sekali lagi bagi membetulkan keadaan ke arah lebih baik.

“Saya hormat Tun kerana ‘volunteer’ untuk perbetulkan apa yang dia fikir tak betul. ‘Thank you’ Tun untuk ‘lead the country again’,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang masing-masing menyambut ulang tahun kelahiran pada 10 Julai dan 12 Julai lalu.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan