KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, P Waytha
Moorthy sedih dengan tindakan pengguna media sosial menghina kemunculan
seorang cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen semalam.
Waytha menyifatkan Arunachalanandaji, bukan warganegara India yang
menetap di India dan dihormati kerana kebijaksanaan dan dedikasinya,
sebagai kawan rapat dan saudaranya yang mendedikasikan sebahagian besar
hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat.
“Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi
keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India,” katanya
ketika dihubungi mengenai gambar di media sosial yang
mendakwa ada “hantu” dalam galeri awam Dewan Negara.
Sebuah portal berita melaporkan mesej viral “gambar hantu lelaki berambut panjang dan berjanggut lebat”.
Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara untuk menyaksikan Waytha dan 4
individu lain mengangkat sumpah sebagai senator dan kemudiannya
dilantik menganggotai Kabinet.
Waytha yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan kesejahteraan
sosial berkata, beliau mempelawa Arunachalanandaji kerana
menghormatinya.
“Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya
untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya
angkat sumpah,” kata pengerusi Hindraf itu yang kali ke-2 dilantik ke
Kabinet.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan