Muhyiddin kembali bertugas Selasa depan

PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan kembali bertugas Selasa depan selepas bercuti sakit selama sebulan berikutan pembedahan dilaluinya.

Setiausaha akhbar beliau, Hafiz Abdul Halim berkata, Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh di Dewan Rakyat pada 14 Ogos ini terlebih dahulu sebelum menghadiri beberapa mesyuarat selepas itu.

“Atas nasihat doktor, beliau akan menjalani rawatan susulan termasuk kemoterapi untuk tempoh 6 bulan sebagai langkah memastikan masalah ketumbuhannya tidak berulang.

“Pejabat menteri dalam negeri ingin memaklumkan tugas-tugas rasmi beliau agak terhad sepanjang tempoh menjalani rawatan susulan. Ini bagi memastikan beliau dapat menjalani rawatan dengan sempurna dan pulih sepenuhnya,” kata Hafiz dalam kenyataan hari ini.
Muhyiddin dimasukkan ke sebuah hospital di Singapura bagi membuang ketumbuhan di pankreas beliau baru-baru ini.

Beliau mengambil cuti sejak 12 Julai lepas bagi menjalani rawatan susulan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri dalam negeri sejak Muhyiddin bercuti sakit.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan