Polis tahan bekas pegawai timbalan menteri rakam bawah skirt wanita

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas, semalam

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R Munusamy berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Suspek ditahan untuk siasatan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi

Semalam, Azis dilaporkan memecat seorang pegawainya susulan perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.
Azis dilaporkan berkata, beliau memecat pegawai tersebut serta-merta, selepas mengambil maklum laporan polis serta rakaman kamera litar tertutup berhubung perilaku individu berkenaan yang disebarkan netizen.
Katanya, perbuatan individu itu menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku timbalan menteri dalam negeri serta pejabat timbalan menteri.
Klip video lebih 1 minit memaparkan perilaku pegawai itu yang merakam video bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata tular menerusi media sosial.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan