PRK PD: SPR sudah dimaklumkan, kata speaker Dewan Rakyat

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sudah mengemukakan pemberitahuan rasmi kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood mengenai perletakan jawatan Ahli Parlimen Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Demikian itu SPR hendaklah mengisytiharkan kekosongan kerusi P132 dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan ada kekosongan, selaras dengan Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Danyal mengumumkan dia menghantar surat peletakan jawatan kepada speaker Dewan Rakyat hari ini. Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu.
Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri.
Danyal memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi).
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan