AMANAH Kedah sasarkan 10,000 ahli akhir tahun ini


Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, di peringkat negeri parti menyasarkan 10,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, sokongan rakyat terhadap AMANAH amat memberansangkan setelah ia menjadi sebahagian dari kerajaan yang sedang memerintah negeri dan juga Pusat selepas memenangi Pilihanraya Umum ke-14 pda 9 Mei lalu.

“Keahlian AMANAH di negeri Kedah merupakan yang ketiga tertinggi seluruh negeri.
“Boleh dikatakan setiap bulan terdapat ahli baharu dan pembukaan cawangan-cawangan AMANAH yang baharu.

“Oleh kerana itu proses pendaftaran harus digerakkan dengan aktif untuk didaftarkan dengan pendaftar pertubuhan, ” katanya ketika ditemui.

Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu ini turut berkata, sokongan kepada AMANAH amat baik sehingga menjadikan ia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan komponen yang lain.
“Tidak dapati dinafikan kehadiran tokoh-tokoh yang dikenali menyertai AMANAH adalah mereka yang pernah berada dalam Pas sebelum ini.

“Walaupun mereka dilihat sebagai ahli baru, sebaliknya mereka merupakan tokoh lama yang telah diketahui kemampuan mereka seperti Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan tokoh-tokoh yang lain.

“Selain itu perkembangan politik terkini menyebabkan rakyat telah sedar bahawa langkah yang diambil oleh AMANAH menyertai Pakatan Harapan (PH) adalah tindakan yang tepat dan betul, ” ujarnya lagi.

Tambah beliau, penyertaan AMANAH bersama PH adalah untuk menjadi pilihan yang terbaik selain dari Umno dan BN.

“Strategi yang diambil sebelum pilihan raya umum dengan gabungan PH ternyata dapat membentuk kerajaan di peringkat negeri dan juga Pusat.

“Tindakan AMANAH yang tidak ekstrim, bersikap sederhana dan realistik ternyata berjaya membuahkan hasil sehingga membawa kejayaan besar setelah mendapat mandat rakyat.

“Kita turut yakin apabila berada dalam kerajaan maka banyak kepincangan dan kekurangan yang berlaku dapat diatasi melalui pelbagai kaedah, ” katanya lagi.

Sehubungan itu tegasanya, apabila berada dalam kerajaan maka polisi mampu diubah demi kebaikan rakyat serta pelbagai institusi dapat dikawal agar tidak jauh tersasar sepertimana yang diamalkan semasa zaman Umno dan BN dahulu.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan