Enggan PH menang, PAS sedia bantu Umno di PRK Rantau

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Calon Barisan Nasional (BN) akan mendapat sokongan PAS Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Pesuruhjayanya, Mustaffa Daharun berkata PAS akan memberi laluan kepada BN bagi memastikan kerusi kontroversi itu tidak dimenangi Pakatan Harapan (PH), lapor Sinar Harian.

“Siapa juga calon Umno kita akan sedia bantu. Jika ada arahan meminta untuk kita membantu, kita akan membantu, tiada masalah.

“Apa yang pasti kita mahu menangkan calon daripada blok pembangkang, dalam memastikan ada semak dan imbang yang sempurna pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Itu adalah lebih penting kerana kita tidak mahu kerajaan PH rasa mereka sudah terlalu hebat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh PRK Rantau jika tiada rayuan dibuat dalam tempoh 14 hari.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan