‘Polis Evo 2’ tidak hina Islam, kata Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR,  — Mufti Wilayah Persekutuan mengesahkan filem “Polis Evo 2” yang akan ditayangkan Khamis ini tidak menghina Islam.

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata walau filem berkenaan cuba membangkitkan elemen pengganas namun ia tidak menjurus kepada penghinaan agama secara langsung.

“Secara umumnya, kami berpandangan filem ini tidak mengandungi sebarang mesej penghinaan kepada Islam.

“Sebaliknya lebih mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara,” coretnya di Facebook malam tadi.

Zulkifli semalam diberi peluang menonton “Polis Evo 2” selepas filem arahan Joel Soh didakwa menghina Islam.

Katanya, watak antagonis Hafsyam yang dibawakan pelakon Hasnul Rahmat tidak menampakkannya seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak.

“Tidak ada dialog atau babak yang klise dalam menggambarkan teroris atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Quran atau hadis.

“Tidak ada langsung babak solat dan lain-lain babak yang boleh menguatkan keyakinan kita bahawa beliau adalah benar-benar seorang pengganas atas nama agama,” katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan