Rakyat Malaysia perlu diperingatkan tentang 1MDB


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia perlu diperingatkan tentang skandal 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) kerana ia merupakan malapetaka buat negara ini.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan suara-suara yang berkata bahawa sekarang soal skandal 1MDB perlu diletakkan di belakang.

Ia kerana kata Lim, menurut sura-suara berkenaan, personaliti-personaliti yang terbabit dengan skandal berkenaan telahpun diheret ke mahkamah termasuk Datuk Seri Najib Razak, isteri beliau Rosmah Mansor serta yang lain dan hal berkaitan perlu diserahkan kepada mahkamah.
Jelas tokoh veteran DAP itu, sebaliknya korupsi dan jenayah berat dalam skandal 1MDB itu perlu terus kekal dalam kesedaran dan rakyat Malaysia perlu terus diperingatkan dengan malapetaka negara itu.
“Enam bulan dahulu rakyat Malaysia dalam keadaan genting telah berjaya menebus diri dengan merobah Malaysia daripada kleptokrasi global ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang beriintegriti,” tulis beliau dalam blognya kelmarin.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan