Usah mudah terlajak lidah melabel ‘musuh Islam’

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Susulan lantikan YB Sheikh Omar sebagai salah seorang dari 12 ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), warga maya dikalutkan seolah-olah urusan dakwah telah diserahkan kepada pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP), ini hanya kerana YB Sheikh salah seorang dari anggota ‘Melayu’ DAP.

Tak cukup dengan ‘suuzzan – buruk sangka’ yang melampau terhadap Kerajaan PH seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Takiyuddin (SUA Pas), ramai dari kalangan warga maya – termasuk dari kalangan pimpinan parti politik dan golongan agamawan – telah ‘terlajak lidah’ dengan melebelkan YB Sheikh dan YB Dr Mujahid sebagai ‘musuh Islam’ atau ‘musuh Allah’, demikian mudahnya !

Dalam pengunaan istilah ‘musuh Islam’ dan ‘musuh Allah’ mengikut kefahaman Islam yang murni, selalunya dirujuk kepada Iblis dan para musyrikin yang memusuhi agama – prinsip dan pelaksanaan – . Adapun hatta terhadap golongan munafikin – yang bertindak dengan dua wajah – pun tidak diisytiharkan sebagai MUSUH.
Apakah para warga maya – termasuk agamawan dan pemimpin – ingin menyatakan bahawa YB Dr Mujahid dan YB Sheikh adalah Iblis atau mereka ingin me’musyrik’kan kedua-dua tokoh tersebut? Jangan mudah sangat dan jangan ringan lidah sangat!

Sementara mereka semudahnya mengunakan ungkapan ‘musuh’, apakah selayaknya kita juga mengunakan balik hujah tersebut?

Sesekali TIDAK!, kita bahkan tidak menganggap pun mereka itu musuh kita, apalagi musuh Islam, kerana kita hanya sedang ‘berlawan’ hujah dan pendirian untuk berbakti kepada negara tercinta ini.

‘Tidak bahaya ka pemikiran ini?’, ‘amat bahaya, namun cara menanganinya adalah melalui ‘perlawanan’ hujah, bukan dengan emosi’, kerana kita ingin melahirkan generasi yang waras dan melakukan pertimbangan berdasarkan ilmu.
Ayuh, hentikan pemikiran ‘melampau’ ini.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan