Ahli PAS perlu lapor kes RM90 juta jika bermaruah

Oleh

AHLI PAS perlu melaporkan kepada pihak berkuasa kes wang RM90 juta yang didakwa diterima oleh parti itu dari Umno, kata Naib Presiden Amanah Mafuz Omar.

Ini memandangkan dakwaan itu kekal dalam laporan Sarawak Report susulan penyelesaian kes saman oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang ke atas editor portal itu Clare Rewcastle-Brown.

Mahfuz berkata, ahli PAS yang bermaruah perlu mengambil tindakan segera susulan penyelesaian di luar mahkamah itu yang disifatkannya memalukan.

“Bagi saya dan Amanah, cukup dengan keputusan presiden tarik balik, itu menunjukkan kes (PAS terima wang dari Umno) memang berlaku,” kata Mahfuz lagi.

Tegasnya, ahli PAS harus melaporkan kepada pihak berkuasa memandangkan ahli parti itu turut dirayu membuat sumbangan untuk membiaya kes berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Tinggi di London.

“Mereka kutip derma kerana kata ada kes, kutipan dipercayai melebihi jumlah yang diperlukan. Mereka perlukan sebanyak RM400,000 tetapi berjaya kutip RM500,000.

“Ini bermakna mereka beria-ia mahu saman Sarawak Report demi membersihkan nama presiden PAS.

“Tiba-tiba buat penyelesaian dan tarik balik. Malahan tidak ada perubahan dalam artikel Sarawak Report. Ini sangat memalukan dan PAS perlu jelaskan kepada ahli,” katanya

Katanya ahli PAS yang bermaruah perlu membersihkan nama PAS dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Kalau ahli rasa mereka dimalukan oleh presiden, mereka sudah menderma, tetapi kemudian berlaku seperti ini,” katanya
.
Tapi ahli parti itu mungkin tidak membuat aduan jika tidak berasa malu seperti sikap bekas perdana menteri Najib Razak, katanya.

“Kalau mereka pun macam (bekas perdana menteri) Najib (Razak), (rasa) ‘malu apa bossku’, terpulanglah,” kata Mahfuz, merujuk slogan yang dipopularkan Najib di laman media sosial.
Slogan “malu apa bossku” itu merupakan kempen digerakkan Najib pada masa ini untuk menonjolkan imej baharunya sebagai individu yang dekat dengan masyarakat.

Kempen itu digerakkan susulan penemuan barang kemas, beg berjenama dan wang tunai berjumlah hampir RM1 bilion di apartment dikaitkan dengan Najib selepas kalah Pilihan Raya Umum ke-14.

Najib kini menghadapi 42 tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Siasatan pihak berkuasa ke atas kes berkenaan turut melibatkan pembekuan pelbagai akaun termasuk parti Umno yang dikatakan menerima wang daripada 1MDB.

Mengulas lanjut mengenai kaitan Umno dengan PAS, Mahfuz juga mempersoalkan jika penyelesaian saman itu dibuat untuk memelihara hubungan kedua-dua parti tersebut.

“Kerana kalau diteruskan banyak perkara akan ditimbulkan dalam perbicaraan dan mungkin Najib akan disapina untuk beri keterangan sekali gus akan menjejaskan hubungan banyak pihak, khususnya pemimpin Umno,” kata Mahfuz.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, tindakan Hadi itu menunjukkan PAS sememangnya menerima dana Umno.

“Sebelum kita keluar PAS untuk tubuhkan parti Amanah dahulu kita kata perkara ini sedang berlaku, mereka kata ini semua fitnah, tetapi sekarang sudah jelas.

“Saya difahamkan suara rakaman Nik Abduh diperakui sebagai benar di mana ucapannya menyebut tentang ambil duit Umno,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Penyelesaian saman itu disahkan Setiausaha Politik Hadi, Syahir Sulaiman yang menyebut, presiden PAS itu menarik balik tuntutan terhadap defendan iaitu Rewcastle-Brown.
Sebagai timbal balas, defendan itu pula menarik balik tuntutan balas terhadap presiden PAS berkenaan.

Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berikutan artikel ditulis Rewcastle-Brown yang disiarkan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Artikel lapan perenggan itu mendakwa wang sebanyak RM90 juta dipercayai dimasukkan ke dalam akaun pimpinan tertinggi PAS bagi mempengaruhi anggota parti tersebut supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng (DAP) turut menuntut PAS mengakui bahawa parti tersebut sememangnya menerima RM90 juta dari Umno seperti didakwa Sarawak Report-TMI
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Melayu ni banyaknya jenis dungu macam ternakan. Baru je najib berlakon naik kapcai, melayu dah lupa Najib ni kat rumah dia ada duit tunai dan barang berharga bernilai billion RM. Melayu juga lupa yang najib ni ada isteri yang sangat boros dan tamak sehingga sanggup beli sebentuk cincin bernilai 90 juta! melayu mudah lupa bukan sebab bersifat pemaaf tetapi bersikap seperti ternakan, ketagih dedak sehingga tak mampu berfikir. Najib naik kapcai dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat? Lawak betul melayu ni! Itu yang senang2 je ditipu oleh pak2 lebai karut yang berlakon warak dengan berjubah dan berserban tetapi kuat membaham duit yang kalaupun tak haram, sangat2 syubhah. Melayu! Melayu! Smh!

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam