Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan
menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus mulai 1 April, umum
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook hari ini.
Katanya
perkara itu diputuskan dalam mesyuarat kabinet hari ini susulan cadangan
kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara
minggu lepas bagi meringankan kos sara hidup pengguna komuter.
Menurutnya,
inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari
di lima jajaran iaitu Padang Rengas-Butterworth; Butterworth-Padang
Besar; Port Klang-Tanjung Malim; Seremban-Batu Caves; dan Sungai
Gadut-Tampin.
"Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan sistem
transaksasi tanpa wang di stesen-stesen komuter, mereka sudah pun
menikmati diskaun 20 peratus dan akan mendapat tambahan 20 peratus yang
diputuskan hari ini. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.
"Ini
sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan
komuter secara harian. Ini adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor
kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang
kepada kos sara hidup," kata Loke pada sidang media di kementeriannya di
Putrajaya.
Anthony Loke
Loke
berkata pemberian diskaun 20 peratus itu dijangka menyebabkan
pengurangan hasil sebanyak RM43 juta setahun kepada Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) dan ini akan ditampung oleh Perbadanan Aset
Keretapi (RAC).
Beliau berkata inisiatif itu akan disemak semula setiap tahun.
Loke
berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan
jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.
"Tujuan
beri diskaun ini antara lain untuk 'boost ridership'. Sejak
kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan
disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah
menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.
"Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat,” katanya.
Dalam
perkembangan lain, Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk
menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke
kawasan perumahan termasuk di Semenyih.
-Bernama
0 comments:
Catat Ulasan