‘U-turn’ tidak selamatkan PAS dari siasatan audio, 1MDB

Pendirian terkini PAS dalam kenyataan di media yang keluar daripada mulut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan merupakan satu “u-turn” yang amat-amat luar biasa. Pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad dengan “dokumen contoh” itu dibuat sejurus selepas perarakan PAS bersama calon Barisan Nasional (BN) di penamaan calon! Usahkan pengamat politik, BN yang dimaklumi umum sebagai rakan politik PAS pasca PRU-14 juga mungkin sedang pening dan hairan dengan langkah politik PAS ketika ini.

Jika benar sokongan PAS kepada kepimpinan perdana menteri, yang juga pengerusi Harapan itu bukan bersifat “bohong syarie”, bermakna PAS sedang bersetuju dengan segala dasar kerajaan Harapan ketika ini. Jika sudah begitu situasinya, Pemuda Amanah mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan pemimpin PAS kepada pentadbiran Tun Mahathir selama ini tidak betul dan helah politik semata-mata.

Namun suka untuk diingatkan juga, jika PAS mengharapkan dengan sokongan ini untuk terselamat dan tidak disiasat rentetan kes yang berkait dengan 1MDB dan audio yang mengundang isu keselamatan negara, hal itu sukar untuk berlaku. Sebagai kerajaan yang telus dan berintegriti, kita menyerahkan segala siasatan kepada pihak berkuasa dan sesekali tidak akan campur tangan terhadap sebarang siasatan yang telah, sedang atau yang akan dibuat.

* Shazni Munir Mohd Ithnin adalah naib ketua Pemuda Amanah Nasional.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan