Haram, halal, enta dan parti enta guna ikut sedap saja





 Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Kalau parti enta nak jatuhkan kerajaan sedia ada secara demokratik, itu hak parti enta. Berkempenlah daripada sekarang, itu juga hak enta dan parti enta.

Cuma ana (huruf A pertama kena baca bunyi huruf ain macam P Ramli) nak beritahu enta, fatwa enta wajib jatuhkan kerajaan sedia ada ini agak pelik.

Pasai apa ana kata pelik? Sebab enta guna kalimah wajib, dan kalimah wajib adalah kalimah yang punya nilai hukum dari sudut syarak.

Rakan² kalimah wajib iaitu sunat, harus, makruh, haram, mustahab, mandub, tidak berdiri sendiri tanpa sokongan dalil.

Justeru, pertama, wajib yang enta sebut itu perlu ada sokongan dalil daripada sumber syarak sama ada Quran atau hadith.

Kedua, jika ada ayat al-Quran, enta tolonglah bawa, atau hadith sila kemukakan. Atau, enta guna apa-apa kaedah usul, harap beritahu kaedah itu.

Ketiga, tujuannya supaya pengikut² enta yang berpegang dengan kata² enta, mereka berpegang dengan dalil dan hujah yang jelas. Mereka tidak taqlid buta.

Keempat, pihak kami pun nak tahu juga hujah yang enta guna. Boleh jadi hujah enta benar. Jika begitu, kami perlu ikut enta, dan kami salah jika mempertahankan kerajaan ini.

Kelima, jika kerajaan ini wajib dijatuhkan, mempertahankannya haram. Orang yang pertahankan perkara haram berada dalam maksiat.

Keenam, enta bersalah jika enta biarkan kami pertahankan maksiat. Maka, enta kena buktikan kerajaan yang ada ini wajib dijatuhkan dan haram dipertahankan dengan dalil dan hujah.

Tapi jika enta sebut sekali lalu sahaja, wajib menjatuhkan kerajaan sedia ada tanpa enta bawa dalil dan hujah, ana rasa itu tidak sesuai dengan kedudukan enta sebagai ketua ulama.

Sebab, ulama tidak akan berkata² sesuatu kecuali kata²nya itu disokong dengan hujah, dalil dan fakta.
Cuba enta beritahu ana, mana satu ulama yang menyebut hukum tapi tak bawa dalil dan hujah.

Pasai apa kerajaan ni wajib dijatuhkan? Kerana kerajaan ini rasuah, bunuh rakyat, roboh masjid, tutup sekolah agama, hapuskan pusara orang Islam, tak benarkan azan, atau apa?

Enta kena beritahulah sebabnya secara jelas. Jangan serkap jarang begitu saja. Kalau enta main serkap macam tu, nampak sangat kata enta kecewa atau dengki sebab parti enta tak menang.

Ok, enta kata ada maksiat. Kerajaan tak reda maksiat, dan giat untuk banteras. Di negeri parti enta perintah pun ada maksiat. Berani enta fatwa wajib jatuhkan kerajaan yang parti enta perintah?

Sebab tu ana kata, fatwa enta tu keluar begitu kerana enta irihati parti enta tak menang. Parti yang ketua parti enta kata nyamuk tu, akhirnya pemimpinnya jadi menteri.

Itulah yang enta tak puas hati. Tapi terpulang kepada entalah untuk tidak berpuashati sebab itu juga hak enta. Hak untuk tidak berpuashati. Ana tak larang.

Cuma ana kesal apabila enta dan parti enta sesuka hati saja jual agama, nama agama, istilah agama, untuk lempiaskan irihati enta.

Haram, halal, enta dan parti enta guna ikut sedap saja untuk survival parti enta. Orang lain kawan dengan non muslim haram, parti enta kawan, halal.

Enta janganlah macam tu. Berpolitiklah dengan sihat. Tak payah dok jual agamalah. Kempen elok², jangan dok nak tapis darah munafiklah, macam² lagilah.

Tapi kalau enta nak kata, wajib yang enta maksudkan tu bukan wajib istilah syarak, tapi wajib penggunaan bahasa saja, terpulanglah dekat enta. Tapi ana percaya bagi pengikut enta, kerana enta ketua ulama, depa pegang itu wajib hukum syarak.

Oklah... panjanglah pulak ana tulis. Ana ni bukan apa, kalau tak tulis apa yang terbuku dalam otak, ana tak puas hati. Jadi ana tulislah.

Moga ada manfaatnya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan