PAS menolak usul bagi mewajibkan ahli Parlimen, isteri, dan anak
wakil rakyat mengisytiharkan harta, kata timbalan presiden parti itu,
Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata PAS menolak usul tersebut kerana tindakan mengumumkan
harta kekayaan ditegah oleh agama serta kebimbangan mengenai faktor
keselamatan.
Selain itu, terdapat undang-undang sedia ada yang meliputi
perisytiharan harta itu, tegasnya sewaktu mengulas usul yang sedang
dibahaskan di Dewan Rakyat.
“Ia melibatkan isteri dan anak-anak dan sebagainya. Dalam Islam ada
hadis, kalau Tuhan beri harta jangan heboh kepada orang ramai kerana
pendengkinya ramai.
“(Selain itu ia melibatkan) Soal keselamatan bila isytihar harta, (ke atas) individu dan keluarga.
“Apa asas isytihar harta, negara kita ada undang-undang, ada
undang-undang cukup, lagipun semua hasil mesti dilaporkan ke Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Tidak ada keperluan ada akta itu,” kata Tuan Ibrahim kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen pembangkang tidak perlu mengisytiharkan aset kerana
tiada akses kepada projek kerajaan seperti wakil rakyat kerajaan.
“Pembangkang tiada akses dapat projek kerajaan, kalau pihak kerajaan itu betul, ada akses daripada pihak kerajaan,” katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan seharusnya dapat meneliti dengan cermat
sebelum memutuskan untuk membawa usul berkenaan ke Dewan Rakyat.
“Kita tak sokong usul ini melainkan dipinda satu landasan kepada undang-undang yang ada merujuk kepada satu akta.
“Kalau setakat usul tidak ada apa, kita kena cermat, kita jangan
gopoh, kaji implikasi, jangan bila terdesak kita buat, kemudian tarik
balik.
“Bagi saya kena teliti dengan cermat sebelum bentang di Parlimen,” katanya.
Usul untuk mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar aset itu
dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong pagi ini.
Liew berkata, usul berkenaan dikemukakan atas prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.
Katanya, pada masa ini tiada undang-undang yang mewajibkan ahli
Parlimen mengisytihar aset dan berharap semua wakil rakyat akan
menyokong usul tersebut.
Rang undang-undang itu antara lain akan mewajibkan individu yang
gagal mengisytihar harta dibawa jawatankuasa hak dan keistimewaan
Parlimen.
Wakil rakyat yang membuat perisytiharan palsu pula akan disabitkan
kesalahan mengikut Seksyen Section 3, Akta 783 (Akuan Berkanun) dan
Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih
tiga tahun ataupun denda.
Liew memberitahu Dewan Rakyat, akuan berkanun itu perlu dikemukakan
kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh usul
berkenaan diluluskan.
Akuan berkenaan juga perlu disalin kepada ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.
Menurutnya, senarai ahli Dewan Rakyat yang sudahpun mengisytiharkan
harta akan dipamerkan di portal SPRM dan butirannya akan kekal selama
tiga bulan di portal tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
PAS kaki putar belit dan kaki kelentong maka tak hairan hari ni pemimpin2 PAS dok putar belit kononnya Allah SWT haramkan umat Islam ishtihar harta. Dulu masa PAS berpura2 jadi musuh UMNO dan Najib, Presideng PAS dengan lantangnya "berlawok" kononnya dia akan jadi manusia pertama yang akan ishtihar harta jika jadi pemimpin negara. Tup2 hari ni adalah sekor pemimpin PAS yang putar belit hadis untuk mengelak dari ihstihar harta, takut2 ahli bahawan sedar mereka dah ditipu hidup2 oleh Pemimpin2 PAS yang makan duit dan reta syubhah dari UMNO. PAS sekarang ni adalah Parti sesumpah yang hidup untuk menipu dan berbohong terutama kepada ahli2 bawahan mereka sendiri.
BalasPadamNick.
Cape Tiger.