KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu menyifatkan pemimpin Pas sebagai 'penakut' hanya kerana enggan mengisytiharkan harta.
Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, penolakan terhadap usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat itu dibuat atas beberapa sebab termasuk faktor politik.
"Pengisytiharan harta dalam kalangan wakil rakyat penting bagi membuktikan negara bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.
"Apabila mereka ambil keputusan menolak pengisytiharan harta yang diusulkan, kita nampak mereka seolah-olah takut dengan memberikan pelbagai alasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersatu Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Mengulas lanjut, Razali berkata, pemimpin Pas tidak perlu khuatir sekiranya harta yang dimiliki diperoleh dengan cara yang halal.
"Kita nak tentukan harta kita hari ini ada berapa, kalau harta kita tu halal kita buat bisnes dengan cara yang betul, kita bayar cukai dan mengikut syarat ditetapkan, buat apa nak takut.
"Penolakan Pas adalah penolakan politik di mana apa yang kerajaan buat mereka tak setuju. Itu sahaja yang saya nampak," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35516/BERITA/Politik/Isytihar-harta-Bersatu-Terengganu-label-Pas-penakut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan