Beliau berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu tidak menjadi isu kerana Najib mempunyai kewibawaan dan kebolehan untuk menjalankan tugas tersebut.
“Tak kan kalah sahaja terus hilang kelayakan jadi penasihat?
“Lim Kit Siang yang memimpin DAP, berapa kali dia kalah, terus juga jadi penasihat. Jadi, ianya bukan satu isu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Selain Nazri, bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan lantikan yang dibuat pada malam Isnin lalu.
Khairy dilaporkan berkata, beliau tidak gembira dengan situasi beliau berada sekarang.
Apabila ditanya, sama ada lantikan itu memberikan andaian negatif kerana Najib masih berdepan perbicaraan dan pertuduhan di mahkamah, Annuar berkata, urusan tersebut bersifat peribadi.
“Kita tidak akan tikam belakang pemimpin-pemimpin kita hanya kerana mereka dituduh (di mahkamah),” katanya.
Selasa lalu, Najib berkongsi sekeping foto yang menunjukkan surat lantikan beliau sebagai penasihat gabungan itu melalui media sosial, Facebook.
Surat itu dilihat ditandatangani Setiusaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor yang bertarikh 9 Julai 2019.
0 comments:
Catat Ulasan