Politik Mereka Penuh Dengan Kepura - Puraan




Selepas berhempas pulas berdebat dengan Pembangkang, akhirnya keputusan yang dibuat tetap menguntungkan rakyat.

Mereka berbahas dalam keadaan yang tidak jelas dan berbolak balik antara
sedia isytihar harta, dan tidak isytihar.

Antara Islam melarang mengisytiharkan harta, atau tidak.

Hujjah dan dalil tidak menepati kaedah sama sekali.

Sekejap mereka mengatakan usul ini sangat baik tetapi tidak lengkap. Sekejap mereka mengatakan kami menyokong bersyarat dan di ketika lain, ada yang meminta YB Menteri tarik balik usul.

Malah ada yang umum dialah orang pertama tidak akan isytihar harta, walaupun usul diluluskan.

Akhirnya, selepas kami berhujjah; “terbuka pintu hati” Pembangkang sehingga apa yang mereka lakukan membantu kami mendapat keputusan sebulat suara.

Bagaimana?

• Ponteng Sidang Dewan sebelah petang. Semua mengetahui Speaker akan mengurus untuk membuat keputusan ketika itu. Maka ramai Pembangkang tiada di waktu dan saat mereka diperlukan untuk membuat keputusan.

• Membatukan diri. Bila Speaker bertanya setuju atau tidak; suara terkuat akan menjadi pemutus. Kami berteriak mengatakan setuju.

Maka rakyat beruntung apabila wakil-wakil dari Pembangkang akan “dipaksa” oleh keputusan hari ini untuk mengisytiharkan harta.

Semoga kepentingan rakyat dan Negara mengatasi kepentingan peribadi.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Ahli Parlimen
P101 Hulu Langat
Naib Presiden
Parti AMANAH Negara
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan