Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata walaupun Kelantan di bawah pembangkang adalah wajar kerajaan Pusat memberi perhatian yang sama rata dengan negeri-negeri lain.
Lebih 100 pemimpin di peringkat kawasan dan negeri menyertai perjumpaan itu yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata langkah itu akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa kekangan dengan undang-undang penyeludupan di samping menjana ekonomi negara.
Katanya, selain itu kerajaan Pusat perlu segera menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa bertaraf antarabangsa untuk membolehkan penerbangan terus dari negara serantau terutama dari China ke Kelantan.
“Langkah itu akan merancakkan industri pelancongan di Kelantan dan secara tidak langsung akan menjana pendapatan rakyat,” katanya.
Husam berkata, di samping itu PH juga menyokong keputusan kerajaan Pusat menyambung semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek berkenaan dapat menyemarakkan lagi industri itu di Kelantan. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan