Gugur istilah ummah: “Pas dah jadi barua Umno atau khadam MCA?”

Oleh ARIF ATAN

Istilah ummah difahamkan bakal dikuburkan dalam penyatuan Umno-Pas dan pihak terawal yang tidak bersetuju dengan istilah itu ialah MCA, kata Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu berkata, pemimpin Umno nampaknya akur dengan kemahuan MCA itu

“Pada awalnya, Umno turut gunakan istilah itu sebab terpana dengan kesungguhan Pas untuk bersatu dengan Umno.

“Tapi Umno pun tahu, setakat bersatu dengan Pas tanpa sokongan MCA, mereka tak ke mana. Umno pun tahu setakat manalah sangat kekuatan hakiki Pas.

“Justeru, Umno kena akur dengan kemahuan MCA walaupun dalam isu istilah sahaja,” bidasnya dipetik daripada Facebook beliau.

Ustaz Zolkharnain berpendapat Umno tidak sanggup berpisah dengan MCA yang merupakan “teman sekatil” yang begitu lama hanya demi teman sekatil baru yang belum jelas hati budinya.

“Pas pun nampaknya tidak membantah kemahuan MCA dan persetujuan Umno untuk gugurkan istilah ummah. Pas dah jadi barua Umno, atau dah jadi khadam MCA?

“Kalau ikut logik, jawapannya ialah ya. Tapi itu semua mungkin tak penting bagi Pas.
“Apa yang penting ialah dendam mereka terhadap PH khususnya pemimpin AMANAH yang terpendam begitu lama dan dalam akan terlangsai,” tempelaknya lagi.

Pada 14 September ini, Umno dan Pas diuar-uarkan akan memeterai piagam kerjasama dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

Walau bagaimanapun, entiti kedua-dua parti pembangkang itu sama ada bendera dan perlembagaan msing-masing dilaporkan tetap sama.









Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan