Istilah Ummah Gugur ?

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Khabarnya istilah ummah bakal dikuburkan dalam penyatuan Umno - Pas. Pihak terawal yang tidak setuju dengan istilah itu ialah MCA.

Pemimpin Umno nampaknya akur dengan kemahuan MCA. Pada awalnya, Umno turut gunakan istilah itu sebab terpana dengan kesungguhan Pas untuk bersatu dengan Umno.

Tapi Umno pun tahu, setakat bersatu dengan Pas tanpa sokongan MCA, mereka tak kemana. Umno pun tahu setakat manalah sangat kekuatan hakiki Pas.

Justeru, Umno kena akur dengan kemahuan MCA walaupun dalam isu istilah sahaja. Lagi pun, MCA teman sekatil Umno begitu lama.

 Tak sanggup Umno berpisah dengan MCA hanya demi teman sekatil baru yang belum jelas hati budinya.

Pas pun nampaknya tidak membantah kemahuan MCA dan persetujuan Umno untuk gugurkan istilah ummah. Pas dah jadi barua Umno, atau dah jadi khadam MCA?

Kalau ikut logik, jawapannya ialah ya. Tapi itu semua mungkin tak penting bagi Pas.

Apa yang penting ialah dendam mereka terhadap PH khususnya pemimpin Amanah yang terpendam begitu lama dan dalam akan terlangsai.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan