Menunggu Khabar Calon - Calon Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai

Oleh Hayar Hassan

Dikhabarkan tarikh Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil(PRK) P 165, Parlimen Tanjung Piai adalah 2 November 2019(Sabtu). Pembuangan Undi pula adalah pada 16 November 2019(Sabtu). Mulanya tarikh pembuangan undi ini dipertikaikan oleh UMNO dan MCA. Pimpinan UMNO dan MCA merasakan mereka sedikit sebanyak dirugikan kerna tarikh ini adalah juga tarikh cadangan mereka mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan@AGM parti.

Namun begitu lah lazimnya, semua keputusan yang telah diputuskan pasti akan ada disana sini rungutan, apatah lagi masa pemerintahan Malaysia Baru dibawah Pakatan Harapan(PH). Begitulah indahnya demokrasi dibawah Kerajaan PH. Rakyat tidak takut dan gentar untuk memberikan pandangan.

Setakat hari ini, yang pasti calon PH adalah daripada Parti Pertubuhan Bersatu Bumiputra Malaysia(PBBM)@Bersatu kerana pada PRU 14 lalu, kerusi P 165 telah diperuntukkan kepada Bersatu mewakili PH.

Pada PRU 14 lalu, Allahyarham Dr Mohd Farid b Mohd Rafil telah memenangi kerusi ini dengan majoriti 524 sahaja dengan mengalahkan calon MCA(BN) dan PAS. Peratus keluar mengundi adalah sekitar 84 %.

Di atas kertas, seandainya terjadi pertandingani dua penjuru sahaja dan UMNO/BN telah bermaufakat seperti hari ini, tentulah calon PH akan tewas. Tetapi itu lah qada dan qadar Illahi, manusia boleh merancang, kemenangan akhirnya berpihak jua kepada calon PH !. Seusai PRU 14, Allahyarham YB Dr Mohd Farid b Mohd Rafil dilantik pula sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri(JPM).

Sebelum ini kerusi P 165 telah dimenangi oleh BN melalui calon MCA sedangkan parlimen ini mempunyai 57 % pengundi Melayu. Pengundi Cina adalah 42 % dan pengundi India adalah 1 % sahaja.

Sehingga kini, selepas PRU 14, kita telah melalui 9 Pilihan Raya Kecil(PRK). Tiga PRK kerusi Parlimen dan enam PRK kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN). Lapan PRK tersebut perlu diadakan kerana kematian wakil rakyatnya. Hanya satu kerana Ahli Parlimen nya melepaskan kerusinya. Ini berlaku di kerusi Parlimen Port Dickson yang telah dimenangi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI), bakal Perdana Menteri Malaysia kelapan!.

Berhubung dengan keperluan kita wajib mengadakan PRK setelah berlakunya kematian Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri(DUN) ini, penulis ingin mencadangakan agar SPR dan Kerajaan PH mencontohi apa yang diparktikkan oleh Republik Indonesia(RI).

Di RI, setiap calon yang ingin menawarkan diri di Pemilihan Umum(Pemilu) perlu menjalani pemeriksaan kesihatan(health screening) di hospital-hospital Kerajaan. Hanya calon-calon yang benar-benar sihat sahaja akan diberikan ‘’ Sijil Sihat’’ oleh doktor dan layak bertanding.

Calon-calon yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan bertanding, tetapi akan dinasihatkan untuk menjalani rawatan kesihatan dahulu. Ini dapat mengurangkan bilangan PRK kerana kematian wakil rakyat, mengurangkan kos perbelanjaan SPR dan pengundi akan terus mendapat perkhidmatan Yang Berhormat yang sentiasa sihat.

Aktivis-aktivis politik yang bercita-cita untuk bertanding dalam PRU atau PRK tentulah akan mengambil berat tentang kesihatan mereka dan ini secara tidak langsung mengajar semua rakyat untuk mengambil berat masalah kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.

Berbalik kepada soal calon-calon PRK P 165 ini. Yang pasti juga, PAS telah memberikan laluan kepada rakan baru mereka, UMNO/BN untuk meletakkan calon. Terbaru, katanya Parti Gerakan Malaysia yang telah bertindak keluar daripada Barisan Nasional(BN) juga akan meletakkan calon. Oleh yang demikian, pertandingan lebih daripada dua penjuru sukar dielakkan, apatah lagi dalam PRK.

Kerapkali akan ada individu-individu yang mencuri peluang untuk mempromosi diri mereka sendiri dengan hanya berbekalkan wang deposit. Nama serta gambar mereka pastinya akan terpampang di muka-muka akhbar dan televisyen pada esok hari selepas hari penamaan calon !

Berkaitan dengan calon BN, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia , Pengerusi PH dan juga Pengerusi Bersatu secara berseloroh tapi penuh sindiran ingin agar UMNO meletakkan calon. Kata YAB Tun Dr Mahathir, ini akan membolehkan PH menang.

Seandainya calon Bersatu menang, ianya baik untuk maruah orang Melayu yang perlu diangkat seusai Kongres Maruah Melayu yang telah dihadiri oleh semua pimpinan parti-parti Melayu.

Kemenangan calon Bersatu tentunya mengurangkan kebimbangan orang Melayu terhadap persepsi menurunnya kuasa politik orang Melayu !

Saya berpandangan, Bersatu akan meletakkan seorang calon yang hebat@winnable, berkaliber dan sudah dikenali ramai demi kelangsungan perjuangan parti Bersatu. Bersatu tentunya tidak mahu mengalami kekalahan kedua sesudah PRK Semenyih! Katanya pemilihan calon yang silap adalah puncanya PH kalah.

Di Johor, PH mempunyai ramai pemimpin yang bertaraf menteri dan timbalan menteri. YB TS Mahyuddin Yassin, Presiden Bersatu adalah juga Menteri Dalam Negeri, YB Dr Mazlee Malik adalah Menteri Pelajaran, YB Dato’ Salehuddin Ayobi adalah Menteri Pertanian, YB Syed Sadiq adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Sdr Liew Chin Tong adalah Timbalan Menteri Pertahanan. Pastinya pengaruh serta gerak kerja mereka akan banyak membantu kemenangan calon PH.

Disamping itu bajet 2020 yang dibentangkan pada hari  tanggal 11 Oktober 2019 tentunya akan mempengaruhi mood pengundi-pengundi.

Katanya UMNO/BN akan mencalonkan tokoh besar mereka, mantan Menteri Besar Johor, Dato’ Khaled Nordin.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu hari pencalaonan PRK P 165 Parlimen Tanjung Piai. PH tetap ada peluang untuk memenanginya seandainya calon yang dipilih adalah seorang yang berkaliber dan hebat.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan