BANGKOK, 3 Nov — Pengasas Mercy Malaysia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood
dipilih sebagai pemenang Hadiah Asean 2019 sebagai mengiktiraf peranan
utama beliau dalam pelbagai misi kemanusiaan dan pengurusan bencana di
rantau ini.
Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menerima anugerah itu, yang diperkenalkan di Singapura tahun lepas.
Dr Jemilah, 60, menerima trofi dan hadiah wang tunai
US$20,000 (RM83,100) daripada Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth
Chan o-cha dan Setiausaha Agung Asean Datuk Lim Jock Hoi pada majlis
perasmian Sidang Kemuncak Asean ke-35 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, di
sini hari ini.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin negara anggota Asean yang lain menyaksikan majlis penyampaian anugerah itu.
Dr
Jemilah adalah anggota pasukan kepimpinan kanan di Persekutuan
Antarabangsa Bulan Sabit Merah, mewakili kepentingan dan Setiausaha
Agung pertubuhan itu apabila diperlukan.
Hadiah
Asean merupakan anugerah berprestij yang bertujuan mengiktiraf
pencapaian cemerlang dan mencetuskan inspirasi oleh seseorang individu
atau pertubuhan dalam memupuk identiti Asean, mempromosi semangat Asean
serta memperjuangkan hala tuju Asean.
Tahun lepas, Hadiah Asean diraih bekas Pengerusi Asean Autism Network, Erlinda Uy Koe dari Filipina. — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan