Hentikan polemik,terima keputusan Majlis Presiden PH, seru NGO

Jingga 13 Malaysia menasihatkan semua pihak supaya menghentikan segala polemik dan politik jijik serta menerima keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Demikian disarankan oleh Ketua Koordinatornya, Fariz Musa.

Menurutnya lagi, Jingga 13 Malaysia menerima dengan hati terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden PH yang bersidang Jumaat lalu berkaitan isu peralihan kuasa yang telah pun diumumkan oleh Tun Mahathir bahawa ianya adalah selepas Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Kami optimis tidak akan ada lagi usaha untuk mendesak Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri sehingga sepenggal sepertimana desakan sesetengah pihak, maupun usaha bagi menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Jangan lagi ada tindakan yang bermotifkan untuk ‘menangguk di air keruh’ dengan tujuan merosakkan suasana PH sepertimana proposal yang hendak dibawa oleh Pas pada sidang Parlimen yang akan datang.

“Begitu juga usaha sesetengah pihak bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal serta konspirasi golongan tertentu termasuklah pembentukan ‘kerajaan pintu belakang’ oleh Pas, Umno dan segelintir daripada PKR dalam usaha menggagalkan peralihan kuasa tersebut,” tegasnya.

Tambah beliau, keputusan yang telah dibuat mesti dihormati dan semua pihak harus bersifat lapang dada dan sabar.

Jelas Fariz, tindakan Anwar memberi ruang kepada Tun Mahathir untuk menjalankan tanggungjawab dan tugas sehingga selesai sidang APEC dengan menyerahkan tarikh, hari dan masa kepada beliau untuk membuat keputusan membuktikan ia berjiwa besar dan harus dipuji kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

“Segala polemik mesti dihentikan, apa lagi politik kotor dan jijik
.
“Jingga 13 Malaysia dan majoriti rakyat mengharapkan agar Tun Mahathir mengotakan janji dan merealitikan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden dan Konvensyen PH selepas persidangan APEC kepada peralihan kuasa yang aman dan harmoni.

“Rakyat sudah pasti sedang meneropong dan menilai setiap janji-janji yang telah dicanang-canangkan sebelum berjaya meraih kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 yang lalu sehinggalah mereka sanggup memberi dokongan sehingga kemenangan besar diraih oleh PH,” ujar beliau.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan