Mahathir kekal pendirian tidak terima Umno

KUALA LUMPUR,— Pembentukan kerajaan melalui kerjasama dengan parti Umno bukan matlamat yang diinginkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Dr Mahathir, beliau sanggup menerima bekas ahli Umno tetapi adalah mustahil bagi membentuk kerajaan campuran bersama parti itu.

“Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain.

“Tetapi, Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno, ini tidak dapat diterima oleh saya,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam satu perutusan khas yang disiarkan oleh RTM, hari ini.

Beliau kini menjawat jawatan perdana menteri interim selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin lalu, selepas melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan