Muhyiddin jumpa Dr Mahathir

MUHYIDDIN Yassin mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, berikutan dilaporkan bekas pengerusi Bersatu itu kembali memegang semula jawatan itu.

Presiden Bersatu itu tiba kira-kira 2.30 petang tadi.

Dr Mahathir terdahulu menghadap Yang di Pertuan Agung selama sejam tetapi tiada maklumat dikeluarkan berkenaan pertemuan itu.

Dr Mahathir meletak jawatan pengerusi Bersatu kira-kira sejam selepas melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri pada Isnin.

Pada hari sama, Muhyiddin mengumumkan Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat majlis tertinggi parti pada Ahad
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan