Dr Noor Hisham Abdullah lebih sesuai menjadi menteri kesihatan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang percaya bahawa Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah lebih sesuai menjadi menteri kesihatan.

Lim membuat kenyataan itu selepas Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sekali lagi mengundang kritikan susulan kenyataannya berhubung "500 negara".

"Ramai yang akan setuju, bukan saja dalam negara tapi juga luar negara, sekiranya Noor Hisham menggantikannya (Adham) sebagai menteri kesihatan," kata Lim dalam kenyataan media hari ini.

Lim merujuk kontroversi kenyataan Adham sebelum ini yang menyebut beliau membuat persidangan video dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang terdiri daripada "500 negara".

Kenyataan Adham itu menjadi bahan jenaka di media sosial dan mendapat kritikan.

Adham kemudian menjelaskan bahawa beliau salah sebut dan sebenarnya ingin mengatakan "500 peserta".

Bagaimanapun, Lim membidas penjelasan Adham.

"Untuk mesyuarat lebih 500 peserta, ia akan melanggar peraturan penting dalam musim Covid-19, iaitu penjarakan sosial.

"Adham perlu berikan perincian dan buktikan sidang video itu yang didakwa melibatkan 500 peserta.

"Jika tidak boleh berbuat demikian, mungkin dia patut letak jawatan," katanya.

Adham sebelum ini menjadi trending di media sosial dan merupakan carian paling popular di Malaysia berdasarkan data Google.

Menurut Google Trends, lebih 10,000 carian yang mempunyai kaitan dengan menteri berkenaan.

Kontroversi terbaru melibatkan Adham itu hadir kira-kira sebulan selepas beliau dikecam kerana mencadangkan bahawa minum air suam dapat mencegah jangkitan Covid-19.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan