Siramlah Diri Dengan Air Mutlak Bukan Air Mustamal

 


Oleh Mohd Sayuti Omar

Nampaknya ada yang tetap tidak berpuas hati dengan Husam. Bila beliau letak jawatan ada yang bersorak menanti untuk bertepuk kepada Amanah, apabila beliau menegaskan bahawa beliau tetap dalam Amanah dan perletakan jawatan itu perkara biasa yang tidak jejaskan komitmen beliau kepada Amanah, ada pula yang bergelepar menyindir dan menganjingkannya.

Apa sebenarnya mereka mahu dari Husam. 

Apakah mahu Husam berhenti kerana bimbang Husam melintasi orang lain dalam Amanah?

 Bukankah beliau sudah berada di garis bawah, jadi pemain simpanan dengan hanya jadi ketua Amanah Kota Bharu. 

Apa nak dibimbang lagi, sepatutnya beri masa dan latihan supaya beluau berstamina semula untuk mengenergikan Amanah dengan caranya.

Apakah ada niat nak tolak Husam ke kelab lain? Apa untungnya perbuatan itu?

Cara setengah orang Amanah bermain politik tidak professional dan jahil memahami teknik dan metametik politik. 

Nampaknya cara berpolitik yang dianuti semasa dalam Pas dahulu masih diwarisi. Siramlah diri dan politik anda dengan air mutlak bukan dengan air mustamal.

Tidak kena cara dan gaya rumput gelang sambal itu akan lunyai dan merengges. Trims.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan