UMNO akan lemah apabila kembali kepada Perikatan Nasional


 

UMNO akan lemah apabila kembali kepada Perikatan Nasional (PN) kerana akan hilang banyak kerusi jika bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata penganalisis politik.

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata ini bermakna peluang Umno kembali mendominasi politik Malaysia akan berakhir dan akan kehilangan sokongan rakyat.

“Akar umbi yang mahu melihat Umno lebih lantang dan bertindak tegas akan kecewa kerana mereka nampak kepimpinan Umno lemah ketika berdepan situasi ini (keputusan berkenaan sokongan kepada PN).

“Nampak seperti Umno sekutu dalam menyokong cadangan darurat yang dibantah rakyat dan ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Awang Azman mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang bersetuju untuk menyokong kerajaan PN.

Umno mendesak agenda perdamaian nasional terdiri daripada semua parti politik, termasuk pembangkang di bawah PN.

Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi turut menegaskan akan menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.

Awang Azman berkata langkah Umno itu akan mengukuhkan Umno tetapi ia akan berdasarkan kepada tuntutan tertentu parti itu yang perlu dipenuhi oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pada 9 Oktober, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan turut menggesa parti menilai semula kedudukannya dalam PN selepas Umno tidak mendapat tempat dalam kerajaan baharu Sabah.

Bagi DAP dan PKR, Awang Azman berkata peluang mereka yang ada sekarang ialah menyertai Pakatan Harapan, Warisan, Pejuang dan beberapa orang Umno yang lain untuk mendesak undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Semalam, beberapa mesyuarat diadakan, di mana Umno turut mengadakan mesyuarat selepas Agong menolak cadangan Kabinet untuk mengisytiharkan darurat di negara ini bagi memerangi Covid-19.

Muhyiddin turut mengadakan mesyuarat dengan beberapa pemimpin parti ti pejabatnya sebelum mesyuarat Kabinet. Zahid tidak hadir pada mesyuarat itu.

Pada sebelah petang, ahli Parlimen Barisan Nasional mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Mesyuarat khas Kabinet dipengerusikan oleh Muhyiddin diadakan bagi membincangkan keputusan Agong iaitu darurat tidak perlu diadakan di negara ini.

Zahid sebelum ini berkata beberapa ahli Parlimen Umno bersedia untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Malah, bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan Umno mempertimbangkan kerjasama dengan Anwar, atau parti lain jika PRU tidak diadakan sebaik saja pandemik berakhir.

Beliau bagaimanapun berkata kerjasama itu tidak termasuk bersama DAP
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan