Spekulasi bertiup kencang anak Najib akan bertanding PRU15


Spekulasi yang mendakwa bahawa anak sulung bekas perdana menteri, Najib Razak - Mohd Nizar - akan diturunkan di Pekan mewakili Umno / BN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) semakin bertiup kencang.

Menurut portal Utusan Malaysia, Nizar yang adalah anak Najib dengan bekas isteri, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar akan bertanding dalam kawasan Parlimen Pekan bagi meneruskan legasi Allahyarham Tun Razak di situ.

“Cumanya, kawasan mana yang bakal ditandingi Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan itu difahamkan belum lagi diputuskan setakat ini,” kata portal itu tanpa menyebut sebarang sumber.

Parlimen Pekan mempunyai empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pulau Manis, Peramu Jaya, Bebar dan Chini yang semuanya dimenangi calon BN pada PRU14 lalu.

Nizar, 44, berkhidmat 18 tahun di Deloitte sebelum dilantik sebagai ketua biro ekonomi dan modal insan Majlis Tindakan Sosial Pahang - sebuah agensi kerajaan negeri.

Dia merupakan anak sulung daripada lima anak Najib dan kini merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Pekan.

Sepekulasi kononnya, dia akan menggantikan bapanya semakin hangat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC.

Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lalu, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan