Penyandang DUN Titi Serong tak pertahan kerusi


 

PETALING JAYA: Penyandang DUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15, bagi menebus kesilapan terdahulu

Menjelang pilihan raya, Hasnul berkata beliau akan turun berkempen bagi memenangkan calon Pakatan Harapan.

“Keputusan yang berat ini diambil bagi menebus kesilapan langkah politik saya sebelum ini dan seterusnya memberi laluan kepada calon dari PH di DUN Titi Serong,” katanya dalam kenyataan.

Hasnul pada Mac 2020 mengumumkan keluar Amanah susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak, bersama ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam, dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong menteri besar ketika itu, Ahmad Faizal Azumu.

Choo Kiong dalam kenyataan ketika itu berkata mereka ambil keputusan keluar parti dan menjadi bebas “supaya hak rakyat di kawasan kita” dipelihara.

Hasnul pada Jun 2020 menjadi ahli Bersatu, namun pada Disember tahun sama mengaku memberi sokongan kepada pemimpin Umno, Saarani Mohamad, sebagai menteri besar menggantikan Faizal, dan juga dipecat keahliannya.

Hasnul pada Jun 2021 mendakwa beliau keluar Amanah kerana bimbang tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, susulan dana kepada pembangkang terhad.

Beliau hari ini menyatakan penghargaan kepada Faizal dan Saarani kerana membantu menjayakan agenda pembangunan di Titi Serong.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan