1. Nampaknya, tuan guru MA terpaksa keluar macam-macam buah kilas utk nafikan cerita RM90j. Tuan guru kena tunjuk warak dgn cerita naik Saga saja (padahal naik KIA Optima). Kena buat cerita rumah tuan guru cuma RM50k. Kena buat alasan kalau terima, kenapa tak ada pun kolam renang di rumah tuan guru dan takkanlah anak tuan guru hanya beli Porsche saja dgn duit sebanyak itu.
2. Tuan guru MA mungkin tak tahu sungguh cerita duit itu dan memang tak terima. Tapi, mungkin juga tuan guru terima tapi tak tahu dari mana datang duit itu. Atau tuan guru terima dan tahu tetapi berbaik sangka. Atau tuan guru terima, tahu dan ada syak wasangka tetapi terpaksa pertahankan juga tindakan parti tuan guru dalam apa keadaan pun.
3.
Semuanya serba mungkin. Hakikatnya cerita 90j menjadikan parti tuan guru
seolah-olah sudah 'kehilangan' wajah agama. Serban dan jubah, title
ulama dan tuan guru sudah tercemar teruk dek angka 90j. Wajar benar
peserta himpunan sokong aryuyu 355 dibekal minyak Yuyi Cap Limau utk
sapu kepala yg pusing dgn isu itu.
4. Tuan guru...! Kalau parti tuan guru terima sungguh, mengaku sajalah. Kalau tak terima atau tak mahu mengaku, samanlah. Itu saja jalan keluarnya. Pihak yg mendedah iaitu SR sedang menunggu saman. Husam juga tak lari ke luar negara dan bersedia utk disaman. Tuan guru sendiri boleh tampil selaku saksi utama.
5. Kos mahkamah? Itu bukan masalah besar sebab kalau utk Rohingya yg terlencong ke Myanmar parti tuan guru boleh kumpul RM100k, setakat belanja saman separuh daripada itu, apalah sangat. Lagi pun ahli parti tuan guru khabarnya 1juta. Seringgit seorang saja, selesai masalah kos. Atau pun, minta saja dgn Umno. Gerenti Umno tolong. Umnokan teman sebantal parti tuan guru sekarang?
6. Kalau tuan guru tak saman, maknanya cerita itu diterima umum sebagai betul. Ketika itu, ayat Quran dan hadis yg tuan guru baca, jubah dan serban yg tuan guru pakai, takbir yg tuan guru laung, akan jadi hujah ke atas tuan guru, bukan untuk tuan guru.
7. Bukankah dulu-dulu tuan guru ajar kami doa ini, "Wahai Tuhan kami, jadikanlah Quran hujah utk kami, bukan hujah ke atas kami." Tuan guru dah lupa ke doa itu?

0 comments:
Catat Ulasan