Oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah
PAS Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya akhbar The Star atas
sikap biadab dan tidak tahu menghormati umat Islam, kumpulan terbesar
di Malaysia ini kerana menyiarkan gambar sekumpulan orang Islam yang
sedang bersolat jemaah dengan tajuk muka depan yang mengaitkan Islam
dengan keganasan. Walaupun isi dan gambar berita yang berlainan, tapi
jelas ia boleh mengelirukan pembaca.
Kegagalan The Star
dalam menghormati sensitiviti umat Islam ini, bukanlah kali pertama
berlaku. Pada tahun 2006, disiarkan gambar Perdana Menteri, Tun Abdullah
Ahmad Badawi bersebelahan dengan gambar iklan arak.
Pada tahun
2011 pula, The Star tanpa ada rasa hormat, telah menyiarkan iklan
hidangan masakan berasaskan babi dan menawarkannya sebagai hidangan
berbuka puasa oleh sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal.
Tidak puas dengan itu, pada tahun 2015, The Star kembali
menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan menyiarkan iklan minuman keras
di muka depan akhbar mereka.
Kini setelah beberapa jam
menyiarkan gambar dan tajuk berita yang boleh mengelirukan pembaca
bahawa Islam adalah agama keganasan, mereka memohon maaf, sama seperti
mana yang mereka lakukan setelah beberapa kali meniupkan api keagamaan.
PAS Terengganu mendesak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam
Negeri (KDN) agar mengenakan hukuman yang maksimum kepada The Star atas
beberapa kesalahan yang hampir sama yang telah dilakukan.
Amat
malang bagi rakyat Malaysia jika pengurusan The Star dibebaskan lagi
kerana rakyat Malaysia memerlukan kerajaan yang tegas dan tidak mahu
kepada penghasut agama seperti The Star.
Seseorang mesti
dipertanggungjawabkan atas kejahatan ini apatah lagi sudah beberapa kali
The Star memilih Ramadhan sebagai waktu pilihan mereka menyebarkan onar
ini.
Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Terengganu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan