Apakah Muslim yang terlalu sensitif ?

Oleh Firdaus Wong Wai Hung 

Apakah Muslim yang terlalu sensitif atau memang sengaja pihak The Star memprovokasi Muslim dengan muka depan begini?

Mudah sahaja bagi mereka, untuk meredakan kemarahan umat Islam, akan diletakkan permohonan maaf di bahagian dalam The Star di bahagian tercorot dengan isi 'kami tidak berniat menghina atau memprovokasi umat Islam'. Standard modus operandi.


Ini bukan kali pertama akhbar begini membuat provokasi murahan dan hampir setiap kali umat Islam yang dipersalahkan kerana kononnya terlalu sensitif dengan benda kecil.

 Mereka yang tak sensitif apabila agama mereka dipermainkan, itu hak mereka tetapi ianya juga adalah hak Muslim untuk membantah.

Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana media yang membuat provokasi begini terhadap apa jua agama sekalipun. Kali ini, jadikanlah akhbar milik MCA ini sebagai contoh ketegasan pihak berkuasa menangani ekstrimis di kalangan media.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan