PERSAINGAN bagi kedudukan teratas dalam Pakatan Harapan (PH) kini
antara Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Pengerusi Bersatu Dr
Mahathir Mohamad.
Ini berikutan keputusan Anwar Ibrahim yang menarik diri daripada
dipertimbangkan sebagai calon kepimpinan dalam pakatan pembangkang.
Difahamkan Presiden Parti Bersatu Pribumi
Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin juga mengambil keputusan yang sama
bagi jawatan presiden dalam PH sebelum pengumuman Anwar.
Beliau bertindak demikian "untuk membantu mempercepatkan proses"
memuktamadkan senarai pemegang jawatan dalam gabungan itu, satu tugas
yang bertukar lebih rumit daripada dijangkakan.
Apabila PH memutuskan untuk mendaftar sebagai gabungan dengan
Pendaftar Pertubuhan (RoS), gabungan itu mempunyai tiga perkara dalam
senarai.
Sumber PH berkata: "Tiga perkara itu adalah logo, perlembagaan dan
senarai pemegang jawatan. Logo paling mudah manakala dua yang terakhir
terbukti menjadi cabaran."
Sumber itu berkata PH menyediakan beberapa set perlembagaan untuk dimasukkan bersama dalam senarai kepimpinan.
"Tetapi nampaknya kita tidak boleh bergerak pada tahap barisan
kepimpinan. Oleh itu, penarikan Anwar sangat tepat pada masanya. Ia
menjadi isyarat kepada semua parti - PKR, DAP, Bersatu dan Amanah –
hanya perlu meneruskannya."
"Namun, Anwar tidak akan ditinggalkan kerana beliau masih menjadi
pemimpin penting bagi pembangkang. Hanya buat masa ini
sekurang-kurangnya, beliau mesti menjadi penasihat."
Pada Sabtu, Anwar mengeluarkan kenyataan dari penjara, mendesak PKR,
DAP, Amanah dan Bersatu dalam menumpukan usaha bersama untuk mengalahkan
Perdana Menteri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau kesal terdapat percubaan mengubah pakatan pembangkang menjadi
cerminan BN, hanya satu parti politik berhak bersuara berbanding parti
komponen lain.
Dalam kenyataannya, Anwar juga mengumumkan beliau memilih untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri.
Tekanan menamakan PM
Sumber itu menambah apabila mereka mencetuskan idea membentuk PH,
mereka tidak memikirkan senarai kepimpinan akan mempunyai status yang
sama seperti barisan Kabinet bayangan.
Tetapi sejak sebulan lalu, tekanan untuk menamakan calon bagi jawatan perdana menteri menjadi keutamaan.
"Selepas berbincang dengan pelbagai penyokong dan pihak
berkepentingan, kami kini tahu pentingnya meletakkan seseorang di depan
untuk mengetuai menentang BN semasa pilihan raya akan datang."
Apabila ditanya sama ada PH menetapkan tarikh akhir baru untuk
memuktamadkan senarai itu selepas melepasi tarikh akhir Jumaat lepas,
sumber itu berkata: "Saya harap ia akan diadakan tidak lama lagi."
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan