Azizah: Menang dulu, baru siasat skandal Mahathir
KUALA LUMPUR, Pakatan Harapan (PH) sedia menubuhkan suruhanjaya menyiasat skandal zaman Tun Dr Mahathir Mohamad seperti desakan “Otai Reformasi”.
Namun, presiden gabungan empat parti itu menegaskan tindakan tersebut akan dipertimbangkan jika mereka menang pilihan raya umum nanti.
“Kita akan bincang. Tapi kita kena menang pilihan raya dulu,” kata ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail di luar sidang Parlimen aru ini
Beliau, yang juga presiden PKR, mengulas desakan kumpulan penyokong parti itu sejak krisis 1998, dikenali “Otai Reformasi”, yang menolak Dr Mahathir.
Baru-baru ini kumpulan itu mendesak PH menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili tuduhan-tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.
“Saya tahu ada yang bersetuju beliau menjadi pengerusi (PH) dan ada yang tidak, tetapi kita semua pandang ke hadapan,” kata Dr Wan Azizah lagi.
0 comments:
Catat Ulasan