Oleh Timmy Say
“Saya U-turn apabila Najib sendiri U-turn terhadap UMNO.” – Tun Dr Mahathir Mohamad, 13 Julai 2017.
Kenyataan Dr Mahathir di atas sama mudaratnya dengan kenyataan
Perdana Menteri Lee Hsien Loong di parlimen Singapura pada 3 Julai 2017
di mana beliau menyatakan keengganannya untuk menyaman dan bertindak
terhadap tuduhan oleh adik-beradiknya kerana ia akan merosakkan nama ibu
bapanya.
Kenyataan Hsien Loong telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif
rakyat Singapura. Pertama, kenyataan itu mendedahkan bahawa perdana
menteri Singapura itu tidak mampu bertindak secara adil. Kedua, ia juga
mendedahkan nama baik Singapura tidak sepenting nama bapanya. Tindakan
Hsien Loong itu telah menjejaskan nama baik Singapura setaraf dengan
kerosakan yang dilakukan oleh tuduhan adiknya.
Bagaimana pula dengan kenyataan Dr Mahathir?
Kenyataan Dr Mahathir mendedahkan bahawa U-turnnya untuk bersama
Pakatan Harapan untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak bukanlah U-turn beliau yang terakhir.
Banyak lagi U-turn yang akan dibuat beliau berdasarkan situasi.
Pelbagai U-turn telah dilakukan beliau untuk mengumpulkan semua kekuatan
untuk menjatuhkan Najib setelah beliau gagal melakukan demikian melalui
Umno.
Persoalan terbesar sekarang ialah seandainya Najib dapat digulingkan,
apakah Dr Mahathir akan melakukan U-turn terhadap rakyat dan Pakatan
Harapan yang menyokongnya?
Melihat sayangnya Dr Mahathir terhadap projek manjanya Proton, sukar
untuk dibayangkan Dr Mahathir sanggup membiarkan Umno Baru yang
dipimpinnya tenggelam jika Najib berjaya dijatuhkan. Sayang Dr Mahathir
terhadap Proton boleh dikatakan setaraf sayangnya terhadap Umno Baru.
Yang dimarahi oleh Dr Mahathir ialah Umno yang dipimpin Najib sahaja.
Apakah Dr Mahathir akan marah pada Umno yang dipimpin Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi ataupun Datuk Seri Hishamuddin Hussein? Tiada siapa
yang tahu.
Impak yang dibawa Dr Mahathir ke Pakatan Harapan setakat ini masih
tidak dirasai. Yang dijual hanya nama Dr Mahathir dan nilai berita yang
melibatkan nama Dr Mahathir.
Kehadiran Dr Mahathir di Bersih 4 dan 5 hanya ada pada nilai berita
dan tidak pada jumlah hadiran. Sokongan Dr Mahathir kepada calon-calon
Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar juga
tidak membawa apa-apa impak, bahkan undi popular PAS mengatasi Pakatan
Harapan jika jumlah undi antara 2 pilihan raya kecil itu dijumlahkan.
Bagaimana pula dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap Umno? Ini semakin
mirip ramalan-ramalan politikus bahawa PAS akan lumpuh dengan penubuhan
Amanah oleh bekas-bekas pimpinan PAS.
Tanpa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk
Seri Shafie Apdal, Umno dan Najib tidak sedikitpun tergoyang seperti
goyangnya Tun Abdullah Badawi 1 ketika dulu.
Namun begitu, ada yang masih menilai Dr Mahathir dengan harga yang
sangat tinggi sehingga sanggup membayar masa depan mereka dengan
memberikan kerusi pengerusi kepada beliau.
Itu hak masing-masing. Cuma ingatlah pepatah Cina ini “Yuan Du Fu
Shu” – kalau sudi bertaruh, kenalah juga sanggup menerima kekalahan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Ya ,saya boleh sedikit bersetuju dengan pandangan Sdr Timmy Say. Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha yang terbaik mungkin. Garis bawahnya, semuanya akan terjadi berdasarkan takdir Illahi. Berusaha itu tidak salah, selebihnya kita berserah kepada Allah SWT. Dalam banyak hal, saya melihat Tun Dr Mahathir seorang yang bersemangat cekal dan kental jiwa juangnya. Pun begitu, beliau selalu berjaya akhirnya.
BalasPadam