Pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak akan diadakan sebelum September ini kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
"(September) awal sangat, ia (PRU) akan didakan selepas itu," kata timbalan perdana menteri itu seperti dipetik Channel News Asia.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis
rumah terbuka hari raya Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala
Lumpur semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga Ogos
tahun depan untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU ke-14
diadakan.
Walaupun begitu sesetengah pihak menjangkakan ia akan diadakan seawal suku keempat tahun ini.
Langkat melengahkan pembubaran parlimen dilihat memberi masa tambahan
kepada Pakatan Harapan mengukuhkan lagi pengaruh mereka di kalangan
pengundi.
Ramai penganalisis juga menyatakan kemungkinan Najib mengadakan PRU
pada September adalah kecil kerana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah
temasya Sukan SEA kali ke-29 pada bulan sama.
Perdana Menteri China, Xi Jinping pula dijadual melawat Malaysia pada Oktober.
Bagaimanapun kelewatan lebih lama untuk mengadakan PRU juga
berpotensi menambah masalah kepada BN yang diketuai Najib, seperti
keluhan orang ramai yang terjejas akibat kelembapan ekonomi dan
kelemahan ringgit.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan