SEPANG, 30 Julai — Umno Selangor perlu belajar daripada kekalahan
besarnya pada pilhan raya umum (PRU) ke-13 agar kesilapan sama tidak
berulang pada PRU-14, kata Pengerusinya Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata jika anggota Umno berjuang tanpa merujuk kepada sejarah,
mereka akan hilang panduan sekali gus akan mengalami kegagalan yang
lebih dahsyat berbanding sebelum Ini.
“Anak-anak Pemuda Umno mesti sedar diri siapakah kita di Selangor. Kita adalah pembangkang. Jangan malu sebut pembangkang.
“Kita mesti fikir sebagai pembangkang. Lihatlah cara pembangkang di
Parlimen. Kita mesti berani bersuara dan meminta kerajaan negeri
selesaikan masalah sampah haram, denggi dan kencing tikus,” katanya
ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian
Sepang di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Umno Bahagian Datuk Marsum Paing, Timbalannya yang
juga Anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Shahrum Mohd Sharif dan
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Noor Azli Mohd Said.
Sementara itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan mahu seluruh jentera Umno Bahagian Sepang memberi
sepenuh tumpuan untuk merampas semula kerusi Parlimen Sepang dan dua
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Tanjong Sepat dan Sungai Pelek
daripada pembangkang.
Katanya Sepang sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan
Nasional, namun hanya mampu memenangi satu kerusi DUN iaitu Dengkil
ketika pilihan raya lalu.
“Kita perlu komited untuk merampas semula Tanjung Sepat dan Sungai
Pelek daripada parti lawan dengan bermula hari ini melancarkan strategi
untuk memenangi hati rakyat.
“Jika ada kesatuan dan kerjasama daripada seluruh anggota Umno,
Insya-Allah kita boleh tawan semula negeri Selangor,” katanya. — Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan