Oleh USTAZ IDRIS AHMAD
BUATLAH apa sahaja waktu kita berkuasa. Sapu apa
yang ada. Buat pekak sahaja apa orang hendak gelar. Yang penting anak
pinak dan kroni kita kaya dan kenyang. TV kita kuasai. Media yang
garang, kita beri amaran. Kita ada kuasa, siapa berani lawan kita. Lawan
sahaja kita sumbat jel. Buat demo, sembur dengan gas FRU.
Apa cadangan pembangkang kita tolak. Siapa yang tidak undi kerajaan,
ini pelampau kaum dan pelampau agama. Ini hujah apabila ada kuasa
Lebih-lebih lagi memang sudah lama berkuasa. Kalau boleh hendak mati
sambil berdiri di dalam pejabat Perdana Menteri.
Apabila kita tidak ada kuasa maka macam-macam pula kita kritik dan
balun orang yang sedang berkuasa kerana masalah peribadi, bukan maslahat
rakyat. Pada hal ini semua produk yang dihasil oleh acuan yang sama.
Acuannya ialah apabila berkuasa, bukan hendak laksanakan amanah kepada
rakyat tetapi untuk tunjuk aku yang paling berkuasa.
Begitu murah nilai politik di negara ini. Perut sudah kenyang, kroni
sudah kaya. Sekarang berpesta pula maki hamun orang yang kita benci
kerana masalah peribadi. Sewaktu berkuasa dahulu berapa ramai rakyat
dizalimi. Berapa ramai kontraktor bankrap akibat pilih kasih. Berapa
ramai kakitangan kerajaan tidak naik pangkat dan ditukar tempat kerja.
Berapa banyak gas FRU yang disembur ketika demontrasi. Berapa ramai
yang kena sepak ketika demo.
Oleh itu DS Najib tidak risau dengan maki hamun yang dihambur
sekarang. Dia sudah ada guru yang mengajarnya. Nanti apabila sudah tidak
jadi Perdana Menteri, maka naik atas pentas pembangkang balun pemimpin
yang sedia ada pada waktu itu. Ketika itu semua kesalahan selama ini
akan suci seperti air mutlak, suci lagi menyucikan.
Tidak perlu minta maaf dan mengaku kesilapan yang lampau. Akhirnya
rakyat yang paling malang. Negara tidak diurus dengan baik, hutang pula
bertimbun. Politik seperti ini akan mendatang musibah
kepada anak kecil
kita yang akan mewarisi negara. Betullah acuan baulu tidak akan hasil
kuih kacang. Rakyat perlu tukar dasar, bukan orang. Kalau tidak, pi mai,
pi mai tang tu ja. Sejahtera Bersama Islam..
USTAZ IDRIS AHMADNaib Presiden PAS
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan