PETALING JAYA: Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyangkal tuduhan
beliau menjadi perantara sebuah syarikat swasta untuk menyelesaikan
hutang Yayasan Selangor berjumlah RM233,833.
Katanya, dakwaan dibuat NGO bernama Inspirasi Melayu Gombak itu tidak
berasas dan berniat jahat dengan hanya merujuk surat layang.
“Ia adalah kenyataan tidak berasas dan tidak rasional. Tambahan pula
ia dikeluarkan tanpa bertanggungjawab secara surat layang,” katanya
Semalam, presiden kumpulan itu, Datuk Zul Azhari Mohamed Juah,
mendesak Zuraida dan bekas adun Kajang, Lee Chin Cheh, menjelaskan
dakwaan hutang berkaitan Yayasan Selangor.
Zul Azhari berkata kedua-dua pemimpin PKR itu menjadi perantara
sebuah syarikat swasta untuk melangsaikan hutangnya dengan Yayasan
Selangor, memetik surat layang mendakwa syarikat itu mempunyai hutang
berjumlah RM233,833 kerana menyewa 4 premis di sebuah bangunan di
Selangor.
Zuraida berkata isu itu hanya melibatkan syarikat terbabit dengan
Yayasan Selangor dan anak syarikat kerajaan negeri itu berhak membawa
kes tersebut ke mahkamah bagi menuntut hutang tersebut.
“Ini adalah hutang kepada Yayasan Selangor, oleh demikian langsung tak ada isu salah guna wang.
“Terpulang kepada syarikat untuk selesai hutang jika tidak, Yayasan
Selangor boleh mulakan tindakan sivil untuk menuntut hutang,” jelas
Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan