KUCHING: Suka atau tidak, sesetengah isu nasional
akan menjejaskan corak pengundian di kalangan pengundi Sarawak, kata
Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Timbalan ketua menteri Sarawak itu dalam wawancara eksklusif berkata, itu sebabnya kerajaan pusat perlu berunding dengan pemimpin
negeri sebelum melaksanakan undang-undang dan dasar yang rakyat Sarawak
mungkin tidak bersedia menghadapinya.
“Sesetengah isu yang menarik minat rakyat (Sarawak), lebih baik dan bijak untuk berunding dengan kami terlebih dahulu.
“(Ia) supaya kami boleh menjelaskan kepada mereka (kerajaan
persekutuan) kedudukan kami. Kemudian kita boleh mengelak tembak di kaki
sendiri,” katanya.
Beliau merujuk pertikaian terbaru berhubung pelaksanaan cukai
pelancongan di seluruh negara yang menyaksikan Menteri Pelancongan dan
Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi tumpuan.
Rakan sejawatannya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tindakan
Nazri menafikan peluang kerajaan negeri berunding mengenai pelaksanaan
cukai baharu itu, melanggar semangat perkongsian antara Sarawak, Sabah
dan Malaya, seperti digariskan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Jumaat lalu, Karim dilaporkan berkata, Sarawak dan Sabah akan
mengemukakan permohonan bersama kepada Menteri Kewangan, Datuk Seri
Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan ke tahun
depan.
Sementara itu, Uggah mengingatkan kerajaan pusat berhubung peristiwa lampau yang terbukti menyebelahi Sarawak.
Ia termasuk kedudukan kerajaan pusat mengenai cadangan meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi
memperkasakan Mahkamah Syariah.
“Anda boleh lihat bagaimana ia dilakukan ketika mereka cuba
membentangkan Akta 355. Di sinilah rundingan secara mendalam perlu
dilakukan dan pemimpin tertinggi merasakan mereka perlu mengambil
perhatian berhubung isu ini.
“Jadi, jika kita terus berunding dengan satu sama lain, ia akan lebih dihargai rakyat,” katanya.
Rang undang-undang meminda Akta 355 dibawakan Presiden PAS, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat sebagai rang undang-undang
persendirian.
Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
mengumumkan kerajaan pusat akan mengambil alih dan membentangkan rang
undang-undang itu.
Tetapi, selepas bantahan bersama disuarakan pemimpin BN Sarawak,
Najib selaku perdana menteri dan pengerusi BN memberitahu media ia akan
kekal sebagai rang undang-undang persendirian.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan