Nakhoda yang hilang arah ...

Oleh Arif Atan

Tadi baru lepas berlari dua pusingan di Tasik Titiwangsa terserempak dengan 'orang AMANAH', Pakcik Imran dari Parlimen Batu. (Ingatkan bila lari nak lupa sekejap hal politik tapi memang taklah) :-)

Pakcik Imran umur sudah 61 tahun. Dulu pengedar akhbar Harakah di sekitar Sentul sama Haji Kadir - orang Bagan Datoh, ada hubungan saudara juga sebelah moyang dengan saya.

Kata Pakcik Imran, masa PRU13 boleh jual 100 naskhah Harakah. Laku. Lepas PRU tahun 2013 itu, turun 80 naskhah dan jualan terus jatuh sehingga akhir tahun lepas seqodar mampu jual 6 naskhah saja. Letak di kedai tak laku. Sedih, katanya. 

"Saya terpaksa berhenti jual Harakah masuk 1hb Januari tahun ini. Enam (naskhah) saja laku. Itu pun yang tua-tua beli. Saya terpaksa hantar ke rumah mereka," katanya.

Beliau pernah tiga penggal jadi AJK Pas Kawasan Batu sebelum menyertai Cikgu Ishak Surin dan sekumpulan rakan-rakan seperjuangan yang lain isytihar keluar dari Pas pada 2015.

Banyak juga rasa kecewanya dengan apa yang Haji Hadi buat pada Pas diluahkan. Tidak ketinggalan perkembangan Pas Batu pada masa ini yang memang jauh ketinggalan.

Tentang jamuan Hari Raya Pas Batu di Taman Melewar yang banyak makanan tidak terusik, pengunjung tiada sampailah aktiviti Pas sekarang yang sudah lenyap. "Sayang...." luahnya lagi.
"Masa kita dulu, bulan puasa pun ligat. Edar sumbangan kepada orang ramai, gelandangan pun untuk berbuka. Tiap minggu tiap bulan ada saja program. Ceramah jangan cakaplah jemput pimpinan dari parti-parti lain," katanya.

Ya. Kisah orang lama yang pernah begitu sayang pada partinya tapi nakhoda pula hilang arah. Saya suka mendengar pengalaman orang lama yang bergelumang dengan kerja-kerja di akar umbi ini. Tambah pula, saya dulu (baru) tiga tahun bersama Harakah - akhbar rasmi Pas - saksi mata jatuh bangun parti.

Sambung Pakcik Imran lagi, sekarang Pas hinggakan nak kumpul sumbangan untuk sembelih lembu Hari Raya Korban ini pun susah nak cukupkan orang. Sebelum ini, senang-senang saja boleh tumbang 16 ekor.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan