Sentuhan Emas Tun Mahathir Membuahkan Kemenangan Pakatan Harapan ?

Oleh HAYAR HASSAN.

Dalam hiruk pekuk kehangatan menyambut kelahiran Pakatan Harapan(PH), masih terdengar juga suara-suara sinis dan ketidakpercayaan terhadap sosok tubuh Tun Dr Mahathir Mohamed yang diangkat bersama oleh pimpinan parti-parti dalam PH untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi PH. Kegusaran penyokong-penyokong PH itu turut disensasikan pula oleh komen-komen pemimpin UMNO/BN .

Diberitakan SUARAM, Otai Reformasi,Parti Sosialis Malaysia(PSM) dan beberapa individu yang selama ini amat terlibat dengan gerakan Reformasi tidak begitu yakin akan keikhlasan Tun Dr Mahathir Mohamed dalam perjuangan untuk mengambilalih pentadbiran Putrajaya. Beberapa tindakan-tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed sewaktu menjadi Perdana Menteri lalu menjadi alasan kuat mereka mengambil sikap sedemikian rupa. Apa pun itu adalah hak mereka dalam negara demokrasi.

Contoh tindakan-tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed yang dipertikaikan adalah Operasi Lalang, Pemecatan dan Pemenjaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim(DSAI), Penahanan tokoh –tokoh pembangkang seperti Saudara Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh, Mohamad Sabu, Tuan Lim Guan Eng, Nik Adli Nik Abdul Aziz(anakanda Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat), Dato’ Mahfuz Omar, Dr Syed Husin Syed Ali,Hishamudin Rais dan banyak lagi dibawah Akta ISA.

Memang diakui, agak sukar bagi kita melupakannya, apatah lagi mereka yang telah pernah dizalimi sendiri oleh pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Namun demikian, wajarlah juga kita berlapang dada apabila DSAI, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail, Saudara Lim Kit Siang, Tuan Lim Guan Eng, Haji Mohamad Sabu sendiri boleh menghulurkan tangan perdamaian dengan Tun Dr Mahathir Mohamed dan mahu bekerja sebagai satu pasukan, suatu fenomena politik Malaysia yang di luar jangkauan semua orang sebelum ini!.

Ini lah kekuatan yang sedang dimiliki oleh PH, sesuatu yang sesungguhnya di luar jangkaan UMNO/BN ! Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sebenarnya UMNO/BN sedang panik atas kekompakan PH.

Serangan-serangan yang agak keras yang disasarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN kepada Tun Dr Mahathir Mohamed khususnya adalah bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan pendukung-pendukung PH kepada Tun Dr Mahathir Mohamed dan penghujungnya adalah untuk meretakkan PH sebagaimana mereka telah berhasil menghancurkan Pakatan Rakyat(PR)!

Memahami watak Tun Dr Mahathir Mohamed yang berjiwa kental dan kuat berusaha pastinya akan membuatkan kita optimis bahawa PH mempunyai harapan cerah untuk mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 14 nanti seandainya PRU itu nanti benar-benar telus dan adil.

Beberapa program yang sedang di atur oleh PH adalah membuktikan bahawa mereka amat yakin bahawa peralihan pemerintahan Putrajaya sepertinya berkemungkinan besar akan berlaku. Program “ Jelajah Selamatkan Negara” amat relevan dan kena pada waktunya.

Keistemewaan Tun Dr Mahathir Mohamed dalam siri ceramah-ceramahnya adalah penyampaian dengan bahasa yang mudah dan berjaya menarik perhatian pendengar. Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menggunakan istilah ekonomi yang sukar difahami oleh orang kampong. Bahasanya santai tetapi orang-orang kampong mudah faham akan maksudnya.

Apabila ceramah-ceramah PH itu digandingkan dengan penceramah-penceramah yang popular seperti Mohamad Sabu, Dato’ Saifuddin Ismail Nasution, Dato’ Husam Musa, Dato’ Mahfuz Omar, Dato’ Seri Azmin Ali , YB Tony Pua, YB Rafizi Ismail pastinya ramai yang akan hadir.

Berkaitan dengan calon Perdana Menteri PH, saya berkeyakinan bahawa Tun Dr Mahathir tidak mengimpikannya. Sebagai seorang yang telah pernah memegang jawatan keramat itu selama 22 tahun, mustahil untuk Tun Dr Mahathir Mohamed ingin mengakhiri sisa-sisa persaraannya dengan jawatan yang amat berat itu. Banyak orang bersetuju bahawa cita-cita beliau hanya lah satu , ingin menyelamatkan masa depan dan negara yang tercinta ini.

Suatu keistimewaan beliau adalah hubungan yang baik dengan majoriti Raja-Raja Melayu.
Kebanyakan daripada Tuanku-Tuanku Raja-Raja Melayu yang ada sekarang ini masih menghormati beliau. Adalah diakui bahawa tiada sosok lain dalam PH yang boleh menjadi jambatan penghubung antara PH dengan Majlis Raja-Raja Melayu seandainya PH memenangi PRU ke 14 nanti.

Begitu juga dengan pegawai-pegawai Kerajaan yang menjadi tunggak pemerintahan dan pentadbiran negara ini. Amat sukar bagi mana-mana pegawai tinggi dalam Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia(ATM), Polis DiRaja Malaysia(PDRM) , Jabatan Kehakiman dan lain-lain lagi bertindak sebarangan(sembrono seenak dewe) jika Tun Dr Mahathir Mohamed masih bersama dengan PH.

Rekod perkhidmatan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun adalah sentuhan emas yang hanya dimiliki oleh beliau, satu-satunya rakyat negara tercinta ini, bukannya ada pada orang lain! Ini adalah suatu fakta, bukannya auta.
Sekian, Terima Kasih.













Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan