Aku Bersama Mahathir Sebab Mahathir Lawan Umno!

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Semasa dalam parti itu dulu-dulu, jangankan nak hadir ke mesyuarat agung Umno, nak hadir apa saja keramaian yg ada label Umno, hati rasa semacam dan tak selesa.

2. Antara puncanya ialah, orang parti itu dilatih supaya tidak bersekongkol dgn Umno dlm apa saja perkara kerana Umno musuh Islam.

3. Aku pernah batalkan penyertaanku pada saat-saat akhir utk hadiri suatu majlis Umno, yg aku dijemput untuk menyampaikan ucapan, kerana majlis itu turut dihadiri oleh seorang artis.

4. Bahkan, di Perlis suatu masa dulu, seorang penceramah popular diboikot oleh orang parti itu kerana dia terlibat dlm forum anjuran Umno sempena PRK Indera Kayangan.

5. MA parti itu sekarang, dulu-dulu, pernah kritik papan tanda yg dipasang di tepi jalan utk ajak orang solat berjamaah hanya kerana papan tanda itu ditaja oleh sebuah syarikat yg ada hubungan dgn Umno.

6. Itu dulu. Tapi kini nampaknya pemimpin parti itu sudah selesa dgn Umno. Ada yg hadir ke mesyuarat agung Umno, berpeluk dgn Najib dan melelehkan air mata mendengar ucapannya.

7. Terbalik 180 darjah sikap pemimpin parti itu dgn Umno sekarang berbanding dulu.
8. Aku bukan nak ajak semua orang boikot majlis yg ada label Umno. Pergilah, bagi sesiapa yg sanggup pergi dan rasa selesa hati.

9. Aku sendiri pernah hadir jamuan raya kawan aku yg sangat kuat Umno. Orang yg angkat hidang utk aku dlm majlis itu adalah isteri seorang menteri Umno.

10. Aku cuma nak kata, aku lawan Umno sampai kini kerana Umno binasakan kehidupan orang ramai melalui urustadbir negara yg salah dan songsang. Itu saja.

11. Aku cuma pelik dgn orang parti itu yg dulunya bukan main marah dgn Umno, tapi sekarang bukan main mesra lagi.

12. Padahal, Umno semakin hari semakin korup. Mahathir sendiri dah keluar dan lawan Umno. Tiba-tiba orang parti itu pula lawan Mahathir yg kini lawan Umno.

13. Kemudian siap kritik Mahathir dan ajak orang ramai lawan Mahathir. Kalau yg lawan Mahathir adalah Zahid Hamidi, itu biasa sebab dia orang Umno.

14. Tapi aku pelik, orang yg lawan Mahathir itu adalah orang yg dulunya kuat lawan Umno.
15. Ketika Mahathir lawan Umno, dia lawan Mahathir pula. Sepatutnya dia sokong Mahathir lawan Umno.

16. Aku konsisten lawan Umno. Sesiapa saja yg lawan Umno, aku bersama orang itu. Mahathir lawan Umno, aku bersama Mahathir.

17. Aku lawan parti itu pun sebab parti itu mesra Umno. Bagi aku, sesiapa saja yg mesra Umno, aku lawan.

18. Itu pendirian politik aku.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan