Oleh Alang Ibn Shukrimun
Turki bercadang untuk menguatkan hubungan perdangangan dengan Qatar.
Mereka sedang merangka pelan perdagangan melalui jalan darat. Untuk
menghubungkan antara mereka, Iran bakal digunakan sebagai laluan darat
tersebut. Demikian menurut Menteri Ekonominya, Nihat Zeybekc.
Sejak krisis negara teluk melibatkan sekatan beberapa negara ke atas
Qatar, Turki telah menghantar beratus kapal kargo berisi bekalan makanan
kepada Qatar. Namun laluan udara tidak begitu ekonomik untuk jangka
masa panjang. Selain laluan laut, mereka kini memikirkan alternatif
melalui darat untuk barangan yang lebih ringan dan mudah diangkut.
Secara geografi, Turki berkongsi sempadan bersama Iran di sebelah
timur. Manakala Qatar dipisahkan dengan Iran oleh Teluk Parsi. Namun
mereka berkongsi medan gas terbesar di dunia yang terletak di perairan
kedua negara ini.
Hubungan perdagangan antara Qatar dan Turki
secara tidak langsung bakal memberi kelebihan kepada Iran dari sudut
ekonomi. Memberikan tamparan kepada polis dunia Amerika yang baru sahaja
memperbaharui sekatan ekonomi terhadap negara musuh ketat Israel itu.
Lebih dari itu, hubungan antara Turki-Qatar kini tidak lagi terhad dari
sudut ekonomi sahaja, malah melibatkan ketenteraan. Sudah tentu Iran
juga bakal menikmati kelebihan dari sudut tersebut.
Sejak 2016,
Turki sudah mengalihkan kiblat ekonominya daripada menumpukan
kesungguhan untuk terlibat sebagai salah satu negara EU, kepada blok
timur khususnya Rusia. Pasca kudeta Jun 2016 memperlihat hubungan
Turki-Rusia kembali pulih manakala hubungan Turki-Amerika pula semakin
buruk. Namun sehingga kini Turki masih lagi anggota ketenteraan NATO.
Dalam perkembangan lain, 24 Julai lalu, CEO Qatar Petroleum mengucapkan
terima kasih kepada Saudi, UAE, Mesir, Bahrain dan beberapa negara yang
memboikot mereka kerana telah membuatkan ekonomi negara terkaya di
dunia itu bertambah kuat. Qatar kini sedang mengembangkan hubungan
perdagangan mereka dengan negara gergasi ekonomi seperti China, Jepun
dan Jerman.
Nampaknya seperti Qatar sudah tidak mahu duduk di
bawah Abang Long Saudi yang mengepalai GCC. Tetapi apakah Qatar juga
sedang merangka pelan keluar dari naungan Ayahanda Amerika? Masih
terlalu awal untuk telahan tersebut. Qatar baru sahaja menandatangani
pembelian jet F-15 daripada Amerika bernilai 12 billion dolar.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan