PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar
Abdullah menyangkal kritikan terhadap penggunaan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk memperkasakan ekonomi Amerika Syarikat ketika
rakyat mengalami kesukaran ekonomi.
Beliau berkata langkah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump di Rumah
Putih pada 12 September lalu itu akan memberi pulangan kepada pencarum.
Beliau berkata tuduhan sesetengah pihak kononnya kerajaan mahu membantu ekonomi AS tidak berasas.
“Langkah itu bertujuan untuk beri pulangan terbaik kepada pemegang akaun KWSP,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata panel KWSP sudah mengkaji risiko dan prospek untuk
pulangan terbaik daripada setiap pelaburan dalam dan luar negara.
“Ini perkara biasa. Panel EPF sudah lakukan penilaian dan sebagainya.
Pelaburan seperti ini perkara biasa untuk memberi pulangan terbaik
kepada pemegang akaun,” katanya.
Beliau menambah KWSP mempunyai pelaburan di United Kingdom dan AS
untuk menjana pulangan yang memberangsangkan sebelum Najib terbang ke
Washington.
“Pelaburan dilakukan sebelum kunjungan perdana menteri. Pemegang
akaun mahu dividen tinggi, sama ada melalui pelaburan dalam negara atau
antarabangsa,” katanya.
Dalam pertemuan di Washington, Najib memberitahu Trump bahawa KWSP
mahu membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion (RM12.57 bilion
hingga RM16.76 bilion) dalam pembangunan prasarana AS.
“Saya mahu maklumkan yang kami datang ke sini dengan membawa tawaran
bernilai tinggi dalam perbincangan ini. Kami mahu bantu anda perkasakan
ekonomi AS,” katanya.
Kenyatan PM itu dikritik pemimpin pembangkang. Ahli Parlimen DAP
Teresa Kok menyoal adakah langkah itu akan dibalas dengan pelaburan
lebih besar dari AS, sementara pemimpin PPBM Rais Hussin mempertikaikan
bagaimana ekonomi Malaysia yang 62.65 kali lebih kecil boleh
memperkasakan ekonomi AS.
Najib juga mengumumkan Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat
Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners, dan 23 lagi pesawat 737 di
masa depan. Beliau berkata urusjanji itu akan bernilai AS$10 bilion
(RM41.9 bilion) dalam masa 5 tahun.
Dalam kenyataan semalam, KWSP berkata semua cadangan pelaburan sudah
dinilai dan melalui proses yang ketat bagi melindungi kepentingan 14
juta ahlinya.
“Proses ini akan meneliti sebarang cadangan pelaburan selaras dengan
strategi kepelbagaian jangka panjang. Ini juga selaras dengan mandat
KWSP untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli dengan melabur hanya
dalam aset yang memenuhi profil pulangan risikonya,” katanya.
Menurut KWSP, pasaran AS yang beasr antara pasaran utama dalam pelaburan KWSP.
KWSP juga berkata setakat suku pertama 2017, pelaburan dana luar
negara mewakili 29% daripada keseluruhan aset pelaburan dan menyumbang
sebanyak 37% kepada keseluruhan pendapatan pelaburan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan