KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tinggal 3 hari lagi
sebelum siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas kerugian Bank
Negara Malaysia akibat dagangan mata wang asing 1990-an, tinggal
seorang lagi individu yang perlu dipanggil untuk beri keterangan.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata bekas perdana menteri dan pemimpin pembangkang itu.
“Sebab dia juga anggota Kabnet pada masa itu.”
Najib tidak tersenarai dalam senarai saksi RCI, walaupun bekas
menteri kewangan Tun Daim Zainuddin berada dalam senarai itu, kata Dr
Mahathir. Beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara ini.
Dr Mahathir bercakap kepada pemberita di Yayasan Al-Bukhary hari ini.
Terdahulu, beliau meluangkan masa selama 2 jam dengan pegawai polis
yang dilantik RCI, untuk memberi keterangan sebelum penampilannya di RCI
Isnin ini.
Soal siasat bermula 4.20 petang dan berakhir sekitar 6.30 petang. Dr
Mahathir berkata ia mengambil masa yang lama kerana beliau perlu
menyemak beberapa dokumen sebelum menjawab soalan yang diajukan polis.
“Mereka melayan saya dengan baik,” katanya.
Peguamnya, Mohamad Haniff Khatri Abdulla, memberitahu pemberita awal
minggu ini yang beliau menerima sapina bagi pihak anak guamnya pada
Selasa, dan berkata Dr Mahathir dijangka tampil ke suruhanjaya pada
11.00 pagi Isnin.
Seramai 21 saksi memberi keterangan setakat ini dalam prosiding RCI
itu, dan yang terakhir ialah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan
ketika kerugian berlaku.
Sidang RCI akan diteruskan pada Isnin.
RCI ditugaskan untuk mengkaji kerugian yang ditanggung bank pusat
akibat dagangan mata wang asing yang mencecah AS$10 bilion (atau RM25
bilion berdasarkan kadar tukaran ketika itu) antara 1991 dan 1993.
Kerugian didakwa berlaku di bawah pentadbiran Dr Mahathir semasa Daim dan Anwar menjadi menteri kewangan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan